IAB Institutional Repository

Kepemimpinan keusahawanan untuk pemimpin pendidikan

Abd Latif, Suzana and Ariffin, Joohari. (2021) Kepemimpinan keusahawanan untuk pemimpin pendidikan. Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. ISBN 9789672996224

[img] PDF
Download (7MB)

Abstract

Buku Mendepani Cabaran Dunia VUCA: Kepemimpinan Keusahawanan Untuk Pemimpin Pendidikan ini merupakan sintesis pelbagai teori yang datang dari pelbagai disiplin ilmu seperti perniagaan, pendidikan, psikologi, sosiologi dan sebagainya. Matlamat utama buku ini adalah untuk memperkenalkan model kepemimpinan keusahawanan sebagai model yang boleh dijadikan panduan oleh pemimpin pendidikan dalam membangunkan kompetensi diri, pasukan dan organisasi terutama sekali dalam berhadapan dengan cabaran dalam persekitaran VUCA. Justeru, model bersepadu kepemimpinan keusahawanan yang diperkenalkan dalam buku ini memberi kefahaman baharu bagaimana dimensi kepemimpinan boleh diintegrasikan dengan orientasi keusahawanan dan diaplikasikan dalam konteks kepemimpinan pendidikan. Buku ini dibahagikan kepada lima bahagian. Di Bahagian Satu yang merupakan bahagian pengenalan, perbincangan menjurus kepada latar belakang dan evolusi kepemimpinan keusahawanan dan kepentingannya kepada kepemimpinan pendidikan dalam berhadapan dengan persekitaran VUCA. Bahagian Dua membincangkan tentang kepentingan kepemimpinan kendiri serta proses-proses kepemimpinan kendiri. Bahagian Tiga memberi tumpuan kepada kepemimpinan pasukan yang merupakan salah satu dimensi kepemimpinan yang terangkum dalam model kepimpinan keusahawanan. Bahagian Empat menjurus kepada kepemimpinan organisasi dan Bahagian Lima membincangkan tentang orientasi keusahawanan. Setiap bahagian dimulai dengan pendahuluan untuk memberi sedikit latar belakang tentang topik yang dibincangkan dalam bahagian tersebut supaya pembaca mudah memahami aspek kepemimpinan yang dibincangkan. Dalam bahagian dua hingga empat, proses bagi setiap dimensi kepemimpinan diperjelaskan. Manakala, di bahagian lima, perbincangan menjurus kepada orientasi keusahawanan (autonomi, inovatif, proaktif, daya saing agresif, mengambil risiko) yang menjadi asas kepada model kepimpinan keusahawanan dalam buku ini. Di bahagian penutup, rumusan kepada keseluruhan perbincangan di setiap bahagian dikemukakan.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Pemimpin pendidikan, VUCA, kepimpinan keusahawanan
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Institut Aminuddin Baki Caw. Utara
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 08 Feb 2023 23:56
Last Modified: 08 Feb 2023 23:56
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1372

Actions (login required)

View Item View Item