IAB Institutional Repository

Hubungan antara kepimpinan transformasi guru besar dengan komitmen kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah

Munian, Saravanan and Hasan, Shahizan (2020) Hubungan antara kepimpinan transformasi guru besar dengan komitmen kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5 (6). pp. 136-150. ISSN 2504-8562

[img] PDF
Download (790kB)

Abstract

Komitmen kerja guru memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi sesebuah organisasi sekolah. Peranan gaya kepemimpinan transformasi dapat membantu dalam meningkatkan komitmen kerja guru bagi mencapai matlamat sekolah. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara gaya kepemimpinan transformasi guru besar dengan komitmen kerja di kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah. Sampel kajian ini terdiri daripada 200 orang guru dari 17 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu yang dipilih secara rawak. Soal selidik kajian tinjauan ini mengandungi 62 item dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach Alpha sebanyak 0.96 (Bahagian B) dan 0.95 (Bahagian C). Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Korelasi Pearson. Dapatan deskriptif menunjukkan bahawa tahap komitmen kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu adalah tinggi. Seterusnya, analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif dan sederhana antara gaya kepemimpinan transformasi guru besar dengan komitmen kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu. Di samping itu, analisis Korelasi Pearson turut menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif dan lemah antara dimensi-dimensi gaya kepemimpinan transformasi guru besar seperti karismatik, motivasi inspirasi, stimulasi intelektual dan pertimbangan secara individu dengan komitmen kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa gaya kepemimpinan transformasi guru besar mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen kerja guru.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: gaya kepimpinan, transformasi guru besar, komitmen kerja
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 15 Feb 2023 00:04
Last Modified: 15 Feb 2023 00:04
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1379

Actions (login required)

View Item View Item