IAB Institutional Repository

Tret personaliti bakal pemimpin sekolah di Sabah

Sintia, Rainy and Limbasan, Sainah and Siew Moi, Chin and Apat, Annilin (2022) Tret personaliti bakal pemimpin sekolah di Sabah. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 35 (2). pp. 9-20. ISSN 1511-4147

[img] PDF
Download (199kB)

Abstract

Sejak kebelakangan ini banyak isu yang melibatkan kepincangan personaliti unggul pemimpin sekolah dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Justeru kajian ini bertujuan untuk melihat min skor enam tret personaliti bakal-bakal pemimpin sekolah di Sabah. Enam tret personaliti yang dikaji adalah penyesuaian diri, toleransi, asertif, ekstrovert, tanggungjawab dan keakuran. Seramai 129 responden terlibat iaitu kalangan peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang merupakan bakal pemimpin sekolah di Sabah. Kaedah soal selidik dalam talian telah digunakan dengan menggunakan Instrumen Personaliti Psikologi Kaunseling (I2PK) yang berpusat dan dibina oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia (BPsK KPM). Instrumen I2PKi mengandungi 60 item untuk menguji lima domain dan sebelas sub domain tret personaliti individu. Data jawapan responden dijana automatik dalam sistem yang disediakan BPsK KPM. Keputusan I2PK diperoleh oleh setiap responden melalui e-mel sebaik sahaja ujian diselesaikan. Data-data iaitu skor tret personaliti setiap responden, dikutip oleh pengkaji dan dianalisis menggunakan SPSS Versi 24.0 untuk melihat min skor bagi enam tret personaliti yang dikaji untuk dibandingkan dengan indeks norma pemimpin berprestasi tinggi pendidikan kebangsaan. Dapatan kajian menunjukkan min skor tret personaliti penyesuaian diri (3.58), toleransi (3.81), asertif (3.61), ekstrovert (3.52) dan tanggungjawab (3.90) telah melepasi min skor atau indeks norma pemimpin pendidikan berprestasi tinggi. Dapatan bagi tret personaliti keakuran (3.66) menunjukkan min skor yang tidak melepasi indeks norma pemimpin pendidikan berprestasi tinggi kebangsaan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tret Personaliti, Bakal Pemimpin Sekolah, Pemimpin Berprestasi Tinggi
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 19 Jun 2023 06:43
Last Modified: 19 Jun 2023 06:43
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1425

Actions (login required)

View Item View Item