IAB Institutional Repository

Kepimpinan Servan:Satu Alternatif Pengurusan Sekolah Abad Ke-21

Apak, Jaggil and Taat, Muhamad Suhaimi and Talip, Roslee and Ag Kiflee @ Dzulkifli, Dg Norizah (2019) Kepimpinan Servan:Satu Alternatif Pengurusan Sekolah Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4 (3). pp. 173-184. ISSN e2504-8562

[img] PDF
Download (768kB)

Abstract

Perubahan pendidikan semasa memerlukan kepimpinan berkesan pengetua. Pelbagai teori dan model mengenai kepimpinan disajikan menerusi literatur, namun jarang menyentuh aspek Kepimpinan Servan. Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti amalan kepimpinan servan pengetua dari persepsi guru sekolah menengah di Sabah, Malaysia. Kajian berbentuk bukan eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan mengabungkan beberapa teknik pensampelan kebarangkalian dalammendapatkan sampel. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi dari Servant Organizational Leadership Assessment (SOLA) Laub (1999), dan ditadbir ke atas 439 orang guru. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 21.0. Berdasarkan analisis deskriptif, didapati kepimpinan servan pengetua diamalkan pada tahap tinggi. Seramai 377 orang guru (85.9%) mempersepsikan pengetua mempunyai amalan yang tinggi dalam pengurusan sekolah. Keputusan analisis Ujian-t yang diperoleh adalah tidak signifikan (t=-0.472, df=437, p>0.05), yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan amalan kepimpinan servan pengetua berdasarkan jantina. Melalui ujian ANOVA sehala, kepimpinan servan pengetua berdasarkan pengalaman mengajar guru juga didapati tidak signifikan [F (df=2, 436) =0.061, p>0.05]. Kajian menyimpulkan bahawa tiada perbezaan dalam kepimpinan servan pengetua berdasarkan pengalaman mengajar guru. Kajian mencadangkan agar amalan kepimpinan servan diterapkan dalam pengurusan pengetua memandangkan guru terbukti dapat menerimanya. Guru dan komuniti sekolah lebih dihargai, dibangun, dan dipimpin ke arah mencapai matlamat organisasi yang disasarkan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kepimpinan servan pengetua, tahap amalan, pengalaman mengajar principal servant leadership, practice level, teaching experience
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: Pn Normah Mohamad Idzhar
Date Deposited: 18 Jul 2023 08:25
Last Modified: 18 Jul 2023 08:25
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1433

Actions (login required)

View Item View Item