Mohamad Kamaludin, Talib
(2008)
AMALAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH DI ENGLAND: SATU PENGALAMAN DAN PANDANGAN.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-15 2008.
pp. 158-166.
ISSN 983-9479-17-2
Abstract
Penghantaran 30 orang pengetua, penolong kanan dan pensyarah ke King's College London, England pada akhir tahun 2007 bagi mengikuti kursus ‘post-graduate certificate in school leadership and management’ telah membuka lembaran sejarah baru dalam pendidikan negara. Kursus ini telah memberi ruang dan peluang kepada peserta kursus untuk melihat secara dekat amalan-amalan pendidikan yang digunakan di dalam sistem persekolahan di England, khususnya di kawasan dan sekitar London. Pengalaman dan dapatan yang diperolehi melalui program ini amat bermakna. Antaranya ialah pendedahan mengenai struktur dan peringkat persekolahan, isu dan konsep ‘school based management’ (SBM) yang menyamai konsep autonomi, amalan pengurusan dan pentadbiran di sekolah khususnya yang berkaitan kewangan, sumber manusia, kurikulum, pengurusan pelajar, pemilihan dan kemasukan pelajar, serta inisiatif lain seperti ‘School Improvement Partner’ (SIP) dan ‘Specialist school’. Kertas ini, secara ringkas, cuba mengemukakan enam dapatan umum dalam aspek peringkat persekolahan, struktur pentadbiran dan pengurusan sekolah, ‘school-based management’(SBM), dasar ‘Every Child Matters’, program ‘specialist school’, badan penaziran (OFSTED) dan program ‘School Improvement Partner’ (SIP).
Actions (login required)
 |
View Item |