IAB Institutional Repository

Hubungan Kepimpinan Teknologi Guru Besar Dengan Tahap Efikasi Kendiri Guru Di Sekolah Kebangsaan Daerah Seremban, Negeri Sembilan

M.Chandran, Kavitha and Mohd Nor, Mohamed Yusoff (2024) Hubungan Kepimpinan Teknologi Guru Besar Dengan Tahap Efikasi Kendiri Guru Di Sekolah Kebangsaan Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Jurnal Dunia Pendidikan, 6 (1). pp. 357-376. ISSN 2682-826X

[img] PDF
Download (355kB)

Abstract

Penggunaan ICT bukanlah sesuatu yang baru dikalangan warga sekolah era 21 ini. Namun secara realitinya ia masih memerlukan sokongan padu seluruh warga sekolah terutamanya pemimpin sekolah iaitu guru besar sebagai individu yang paling berpengaruh sebagai pendorong kepada subordinat sesebuah organisasi. Hubungan kepimpinan berasaskan teknologi guru besar serta impaknya terhadap tahap efikasi kendiri guru masih kabur terutamanya di sekolah kebangsaan Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi melihat hubungan kepimpinan teknologi guru besar dengan tahap efikasi kendiri guru di sekolah kebangsaan daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kajian kuantitatif ini melibatkan 207 guru sekolah kebangsaan di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Borang soalselidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan diedarkan secara atas talian. Untuk menjawab persoalan kajian, analisis deskriptif dan inferensi telah dilaksanakan menggunakan program SPSS 27. Hasil kajian mendapati kepimpinan teknologi dan tahap efikasi kendiri masing-masing mencapai min yang sangat tinggi. Hasil ujian korelasi Pearson juga menunjukkan hubungan yang kuat antara kepimpinan teknologi dan tahap efikasi kendiri guru (r = 0.676, p = 0.001). Berdasarkan dapatan dapat disimpulkan bahawa tahap kepimpinan teknologi seseorang guru besar akan memberi kesan kepada tahap efikasi kendiri guru. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa model kepimpinan teknologi NETS-A adalah model yang menyeluruh dan teori efikasi kendiri Tschanen-Moran dan Hoy (2001) masih relevan. Kajian ini juga boleh membantu KPM dan agensi di bawahnya, seperti Jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah, menambah baik dasar mereka, terutamanya mengenai penggunaan ICT dalam operasi sekolah.

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 29 May 2024 07:43
Last Modified: 29 May 2024 07:43
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1511

Actions (login required)

View Item View Item