Murgaiyah, Mullaimalar and Kamariah, Abu Bakar (2024) Kesediaan guru prasekolah dalam pelaksanaan pentaksiran berterusan. Jurnal Dunia Pendidikan, 6 (2). pp. 87-99. ISSN e-ISSN: 2682-826X
![]() |
PDF
Download (231kB) |
Abstract
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Oleh itu, kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakanpentaksiran amat membantu dalam mengenal pasti tahap kecerdasan dan perkembangan murid. Dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap kesediaan guru prasekolah dalam pelaksanaan Pentaksiran Berterusan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Pembentukan soal selidik kajian diadaptasi daripada kajian lepas. Seterusnya, pemilihan responden seramai 74 orang guru prasekolah dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah di daerah Sepang. Dapatan dua domain kajiandianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif bagi melihat skor min dan sisihan piawai manakala peratusan dan min digunakan bagi melihat hasil dapatan profil responden serta bagi menjawab persoalan kajian. Hasil dapatan menunjukkan tahap kesediaan guru prasekolah untuk pelaksanaan Pentaksiran Berterusan (min = 2.69 dan SP = 0.660) di mana masih berada pada tahap rendah. Kajian yang akan datang boleh berfokus kepada penyelidikan tempoh jangka panjang bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih autentik. Guru merupakan agen utama dalam proses kemenjadian murid. Justeru, golongan guru sentiasa bersedia untuk semua perubahan dalam bidang pendidikan serta mengambil inisiatif untuk pembangunan profesionalisme masing-masing.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pentaksiran Berterusan, Tahap Kesediaan, Guru Prasekolah |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 12 Feb 2025 04:03 |
Last Modified: | 12 Feb 2025 04:03 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1552 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |