IAB Institutional Repository

e-TAKSIRAN: INOVASI DALAM PROGRAM TAKSIRAN

Mazlan, Samsudin and Ahmad Rafee, Che Kassim (2007) e-TAKSIRAN: INOVASI DALAM PROGRAM TAKSIRAN. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-14 2007. pp. 143-154. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (448kB) | Preview

Abstract

Pelbagai kaedah telah dicuba untuk membina dan memperkembangkan keterampilan pemimpin-pemimpin pendidikan, namun masih belum terdapat satu proses berstruktur yang komprehensif yang berupaya mentaksir keterampilan dan seterusnya memberi perakuan atau cadangan untuk pembangunan individu. Pentaksiran keterampilan yang dijalankan berkait rapat dengan tugas dan peranan kepemimpinan pendidikan akan mencerminkan potensi individu berkenaan. Pendekatan sebegini akan mengurangkan risko pemilihan calon yang kurang layak atau kurang matang untuk menjawat jawatan yang akan diamanahkan kepada mereka. Pentaksiran dan latihan perkembangan yang terancang akan membantu mengelakkan dari berlakunya kenaikan pangkat secara premature disebabkan kesilapan ketara dalam pemilihan calon bagi menjawat jawatan kenaikan pangkat di sekolah mahupun eksekutif dalam organisasi pendidikan yang lain (IAB, 1998). Latihan perkembangan berdasarkan analisis keperluan yang diperolehi melalui pentaksiran akan lebih bermakna untuk meningkatkan kemahiran dan ketrampilan seseorang pemimpin pendidikan. Data dan maklumat yang diperolehi selepas proses taksiran diyakini dapat membantu agensi-agensi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuat keputusan bagi melantik pemimpin yang sesuai untuk jawatan kenaikan pangkat atau merancang latihan yang sesuai untuk peningkatan dan pembangunan ketrampilan pengurusan dan kepemimpinan pendidikan. Penggunaan kaedah taksiran tradisional telah banyak membantu pihak KPM melaksanakan tugas pemilihan calon yang sesuai untuk tujuan tertentu. Namun begitu, pemilihan calon yang ramai untuk tujuan kenaikan pangkat hasil daripada pelaksanaan dasar terkini memerlukan pendekatan proses taksiran yang berbeza bagi membolehkan proses taksiran dijalankan dalam tempoh yang lebih singkat tanpa memerlukan calon menghadirinya secara berulang-ulang seperti dalam taksiran tradisional.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: e-taksiran, taksiran, kepimpinan, pemimpin, ketrampilan, pendidikan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 06 Mar 2013 07:10
Last Modified: 06 Mar 2013 07:10
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/157

Actions (login required)

View Item View Item