IAB Institutional Repository

Kesan kepempinan teknologi pengetua sebagai moderator ke atas hubungan amalan kepemimpinan pengetua dengan penginterasian teknologi teknologi guru

Nawawi, Wirda and Wan Isa, Wan Mohd Khairul (2023) Kesan kepempinan teknologi pengetua sebagai moderator ke atas hubungan amalan kepemimpinan pengetua dengan penginterasian teknologi teknologi guru. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 36 (2). pp. 82-97. ISSN 1511-4147

[img] PDF
Download (292kB)

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah mengenai amalan kepemimpinan pengetua, kepimpinan teknologi pengetua dan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah. Kajian ini mengenal pasti hubungan amalan kepemimpinan pengetua dengan amalan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah. Seterusnya, kajian ini turut mengenal pasti kesan kepimpinan teknologi pengetua sebagai moderator dalam hubungan antara amalan kepemimpinan pengetua dengan amalan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah. Kajian ini adalah kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan ke atas 492 orang guru Zon Tengah Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Data dikumpul dengan menggunakan satu set borang soal selidik sebagai instrumen dan dianalisis menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) dan Smart Partial Least Squares (PLS). Analisis model struktural menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepemimpinan pengetua dengan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah. Analisis turut mendapati bahawa pengetua perlu meningkatkan kepimpinan teknologi kerana ia memberi kesan moderator yang positif terhadap hubungan amalan kepemimpinan pengetua dengan amalan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah. Dapatan kajian memberi input kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu para pengetua meningkatkan tahap kepemimpinan serta kepimpinan teknologi dalam meningkatkan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepemimpinan, Kepimpinan teknologi, Pengintegrasian teknologi
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 21 Apr 2025 02:38
Last Modified: 21 Apr 2025 02:38
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1601

Actions (login required)

View Item View Item