Ramli, Yaacob and Sa'adiah, Shuib, eds.
MENGURUS DAN MEMIMPIN DALAM KONTEKS KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN.
Siri Kajian IAB
.
Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.
ISBN 9789670504025
Abstract
Buku ‘Mengurus dan Memimpin dalam konteks kepemimpinan pendidikan’ ini mengandungi empat kajian yang boleh dijadikan rujukan untuk para pemimpin, khususnya di sekolah-sekolah. Di samping itu, setiap pembaca akan dapat
memahami serta menghayati konsep kepemimpinan, pengurusan dan mentadbir urus sesebuah sekolah melalui kajian-kajian yang komprehensif ini. Setiap kajian ini mempunyai pendekatan yang berbeza untuk dijadikan landasan mengurus dan memimpin sekolah.
Buku ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh pensyarah-pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki berkaitan usaha-usaha penambahbaikan untuk pengurus dan pemimpin sekolah meningkatkan potensi dan kemahiran dalam pengurusan kewangan, pembangunan sekolah kluster kecemerlangan dan
pengalaman peserta dalam kursus NPQH (National Profesional Qualification and Headmaster).
Buku ini dibahagikan kepada empat bab iaitu:
● Bab 1: Kajian Keberkesanan Kursus Pengurusan Kewangan
Sekolah membincangkan tentang pengurus sekolah yang
seharusnya mahir dalam pengurusan kewangan. Didapati ramai pengurus yang kurang mahir dalam mengurus kewangan sekolah. Namun begitu, selepas menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki, pengetahuan, kemahiran dan kefahaman mereka dalam pengurusan kewangan menunjukkan peningkatan yang signifikan daripada tahap sederhana kepada tahap tinggi dan sangat tinggi.
● Bab 2: Kajian Impak Program King’s College London
(KCL) membincangkan tentang latihan yang telah diberikan
kepada pengurus untuk meningkatkan kemahiran mereka
dalam bidang pengurusan sekolah bagi program SKK yang
menjurus ke arah PBS di sekolah mereka. Latihan yang
diperoleh telah dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan
dan pengurusan kendiri mereka seperti kemahiran menangani
konflik, kreativiti dalam pengurusan dan berfungsi sebagai
agen perubahan bagi memastikan sekolah dapat menghasilkan
perubahan yang positif. Antara perubahan yang telah mereka
laksanakan seperti penggunaan LAN dalam pengurusan,
perjumpaan 5 minit dan learning environment.
● Bab 3: Leadership Transition: Pre To Post NPQH - A Qualitative Study - Kepimpinan adalah satu proses melibatkan seseorang mempengaruhi orang lain untuk mencapai sesuatu objektif dan mengarahkan sebuah organisasi dengan jelas. Kepemimpinan bergantung pada situasi, keperluan dan visi sesebuah sekolah atau daerah. Oleh itu, para pemimpin harus bersedia dalam pelbagai perkara. Rangka kerja tentang aplikasi belajar untuk kepemimpinan adalah teori pembelajaran orang dewasa. Sikap pemimpin, kemahiran pengurusan, kepemimpinan berpengajaran dan topik kursus pentadbiran tradisional perlu diadakan dalam latihan kerana proses ini boleh menambah baik kemahiran komunikasi, belajar cara memimpin dengan objektif, dan menambah kemahiran dan kecekapan.
● Bab 4: Keberkesanan Program di Universiti Waikato dan Universiti Monash Menurut Persepsi Pemimpin dan Pemimpin Pelapis Sekolah Kluster Kecemerlangan membincangkan latihan yang mereka peroleh semasa menghadiri kursus jangka pendek di Universiti Waikato dan Universiti Monash. Hasil daripada latihan yang mereka peroleh, dapat membantu menambah pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan sekolah dengan lebih cekap dan berkesan. Mereka juga telah mengaplikasikan apa yang diperoleh seperti mengaplikasikan networking ICT, student centred dan student based by creativity and inovation.
Mereka juga melibatkan ibu bapa dalam program dan
memastikan selepas sesuatu program dilaksanakan, haruslah
dinilai keberkesanannya.
Semoga penghasilan buku ini akan memberikan ilmu dan manfaat kepada para pembaca yang selari dengan tujuan penerbitan buku ini sebagai bahan rujukan sampingan dan pelengkap kepada pengetahuan kepemimpinan pendidikan. Begitu juga diharapkan buku ini dapat membantu para pemimpin pendidikan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang pengurusan sekolah, mewujudkan ciri-ciri kepemimpinan sekolah berkesan, kemahiran membuat keputusan, dan kaedah mengurus sumber manusia. Sehubungan dengan itu, amatlah diharapkan agar buku ini dapat dijadikan salah satu bahan rujukan para pemimpin pendidikan khususnya dalam membugarkan kemahiran kepemimpinan mereka bagi membuat perancangan dan mewujudkan sebuah organisasi yang lebih kreatif dan fektif.
Actions (login required)
 |
View Item |