IAB Institutional Repository

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Bil. 2

Syariff M.Fuad, Dayang Rafidah and Musa, Khalip and Abdullah, Amrina Rosyada and Yusof, Mat Rahimi (2024) Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Bil. 2. Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi, Institut Aminuddin Baki. ISBN ISSN 3083-9440

[img] PDF - Published Version
Download (66MB)

Abstract

Kajian ini meneliti keperluan pembangunan model kepimpinan inovatif dalam kalangan pemimpin sekolah di Malaysia, sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Matlamat Pembangunan Lestari 4 (SDG 4), yang menekankan pendidikan berkualiti sebagai asas pembangunan negara. Kajian ini menggunakan metodologi Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR), dengan fokus utama pada fasa analisis keperluan melalui analisis dokumen dan temubual separa berstruktur. Tiga informan dipilih secara bertujuan, dan data dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti untuk mengenal pasti tema penting berkaitan kepimpinan inovatif. Sebanyak tujuh elemen utama dikenal pasti dalam kepimpinan inovatif termasuk visi yang jelas, pengupayaan guru, kebolehsuaian dan fleksibiliti, penambahbaikan dan pembelajaran berterusan, jalinan dan kerjasama, pembentukan budaya dan iklim inovasi dalam sekolah, serta komunikasi yang efektif. Pemimpin yang inovatif mampu menyesuaikan diri dengan perubahan pantas, menggalakkan kreativiti, serta memperkukuh kolaborasi antara warga sekolah. Namun, cabaran seperti kekurangan pelaburan dalam modal insan dan pengurusan bakat boleh menghalang inovasi dalam organisasi. Teori kepimpinan transformasi dan teori penyebaran inovasi dilihat sebagai pendekatan yang penting dalam memacu kreativiti di kalangan pemimpin sekolah. Penemuan ini membentuk asas bagi pembangunan model kepimpinan inovatif yang dicadangkan untuk meningkatkan keberkesanan pemimpin sekolah dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan Inovatif, Kepimpinan Perubahan, Analisis Keperluan, Pembangunan Model, Design and Development Research.
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 04 Nov 2025 01:58
Last Modified: 04 Nov 2025 01:58
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1657

Actions (login required)

View Item View Item