Penggunaan media digital dalam pembelajaran sejarah dan hubungannya dengan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) - IAB Institutional Repository
IAB Institutional Repository

Penggunaan media digital dalam pembelajaran sejarah dan hubungannya dengan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah (KPS)

Shumugam, Revadhi and Awang, Mohd Mahzan (2026) Penggunaan media digital dalam pembelajaran sejarah dan hubungannya dengan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah (KPS). Secholian Publication. pp. 1-20. ISSN 2504-8562

[img] PDF
Download (431kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan murid sekolah menengah. Media digital sebagai medium pembelajaran kontemporari yang digemari generasi Z dan Alpha, berpotensi dimanfaatkan secara strategik bagi memperkukuh penguasaan KPS. Mata pelajaran Sejarah tidak dapat dipisahkan daripada KPS kerana elemen-elemen KPS membina kefahaman mendalam serta memupuk pemikiran kritis murid. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan antara penggunaan media digital dalam pembelajaran Sejarah dengan penguasaan KPS. Kajian ini menilai penggunaan media digital berdasarkan kekerapan serta penguasaan KPS berdasarkan persepsi murid dengan melibatkan semua peringkat pendidikan menengah. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan korelasi ini melibatkan 361 murid dari Tingkatan 1 hingga 5 di daerah Petaling Perdana, dengan data dikumpul melalui soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan media digital dan tahap penguasaan KPS adalah pada tahap sederhana, namun hubungan antara kedua-duanya adalah signifikan dan kuat. Tahap penggunaan media digital yang sederhana menunjukkan integrasi teknologi digital dalam pembelajaran Sejarah masih belum diamalkan secara berterusan dan sistematik walaupun kemudahan peranti dan akses terhadap internet tinggi bagi responden kajian ini. Pengintegrasian media digital secara berkesan dalam pengajaran Sejarah yang berpotensi meningkatkan penguasaan KPS serta memperkukuh pemahaman Sejarah secara kritis dan holistik memerlukan perancangan pedagogi yang sistematik bagi guru-guru Sejarah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Media digital Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Mata pelajaran Sejarah
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 25 Jun 2026 02:22
Last Modified: 25 Jun 2026 02:22
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1692

Actions (login required)

View Item View Item