Membangunkan item untuk mengukur integrasi gaya kepimpinan Guru Besar sekolah rendah di Malaysia: prosedur analisis faktor penerokaan - IAB Institutional Repository
IAB Institutional Repository

Membangunkan item untuk mengukur integrasi gaya kepimpinan Guru Besar sekolah rendah di Malaysia: prosedur analisis faktor penerokaan

Hashim, Noorveda and Husin, Anita and Awang, Zainudin and Talip, Roslee (2026) Membangunkan item untuk mengukur integrasi gaya kepimpinan Guru Besar sekolah rendah di Malaysia: prosedur analisis faktor penerokaan. International Journal of Future Education and Advances (IJFEA), 3 (1). pp. 106-118. ISSN 3036-003X

[img] PDF - Accepted Version
Download (1MB)

Abstract

Integrasi gaya kepimpinan memainkan peranan kritikal dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan digital. Walau bagaimanapun, instrumen untuk mengukur pengintegrasian gaya kepimpinan dalam konteks sekolah rendah di Malaysia adalah terhad. Artikel ini bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan instrumen integrasi gaya kepimpinan guru besar iaitu Kepimpinan Transformasi (KT), Kepimpinan Instruksional (KI), Kepimpinan Teragih (KG) melalui persepsi pemimpin pertengahan sekolah rendah. Dalam kajian ini, satu set soal selidik telah diadaptasi dan diubah suai mengikut konteks Malaysia. Soal selidik ini telah melalui proses terjemahan , kesahan kandungan dan kesahan muka. Setelah mendapat maklum balas dari pakar-pakar yang dilantik, penyelidik membuat pembetulan seperti yang dicadangkan. Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 103 responden yang dipilih secara rawak daripada populasi sasaran kajian ini. Prosedur analisis penerokaan faktor (EFA) telah dijalankan menggunakan perisian SPSS 25.0 untuk menentukan kepentingan setiap item dalam mengukur konstruk serta komponen komponen yang terbentuk. Dapatan daripada prosedur EFA mendapati instrumen KT yang mengandungi 19 item telah membentuk 5 komponen, instrumen KI yang mengandungi 9 item telah membentuk 3 komponen, dan instrumen KG yang mengandungi 16 item telah membentuk 3 komponen. Dapatan EFA menunjukkan bilangan komponen kajian semasa adalah konsisten dengan kajian terdahulu. Nilai kebolehpercayaan dalaman (internal reliability) atau Alpha Cronbach bagi keseluruhan konstruk adalah 0.935. Nilai ini menunjukkan kebolehpercayaan dalaman adalah mencukupi untuk mengukur setiap konstruk kerana nilai yang didapati melebihi nilai yang dicadangkan iaitu 0.70. Sebagai rumusan, dapatan EFA menunjukkan instrumen yang diadaptasi dan diubah suai adalah sesuai untuk mengukur konstruk yang sama dalam kajian lapangan nanti. Data dari kajian lapangan nanti akan digunakan untuk menjalankan prosedur analisis pengesahan faktor (CFA) menggunakan perisian SPSS-Amos 25.0. Prosedur CFA akan menentukan kesahan konstruk (construct validity), kesahan konvergen (convergent validity), kesahan membeza (discriminant validity) dan kebolehpercayaan komposit (composite reliability).

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 07 Sep 2026 08:11
Last Modified: 07 Sep 2026 08:11
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1735

Actions (login required)

View Item View Item