Hubungan antara Kepimpinan Digital (KED) Pemimpin dengan Amalan Kompetensi Digital (KOD) pensyarah di Institut Pendidikan Guru - IAB Institutional Repository
IAB Institutional Repository

Hubungan antara Kepimpinan Digital (KED) Pemimpin dengan Amalan Kompetensi Digital (KOD) pensyarah di Institut Pendidikan Guru

Mohammad Yusof, Masitah and Abdul Mutalib, Kartini and Mohd Noor, Narita and Rahim, Ahamad and Abang Julhi, Abang Ismail (2026) Hubungan antara Kepimpinan Digital (KED) Pemimpin dengan Amalan Kompetensi Digital (KOD) pensyarah di Institut Pendidikan Guru. International Academic ResearchJournal of Social Science, 12 (2). pp. 11-19. ISSN 2289-8441

[img] PDF - Published Version
Download (452kB)

Abstract

Kepimpinan digital pemimpin dan amalan kompetensi digital dalam kalangan pensyarah merupakan dua faktor penting dalam era teknologi pendidikan masa kini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara Kepimpinan Digital (KED) pemimpin dengan amalan Kompetensi Digital (KOD) pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG). Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan. Responden kajian berjumlah 354 orang pensyarah dipilih secara rawak mudah dari seluruh IPG Kampus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan digital dalam kalangan pemimpin di IPG terpilih menunjukkan tahap Tinggi min 3.421 dan sisihan piawai 0.502. Manakala tahap amalan kompetensi digital pensyarah juga menunjukkan tahap tinggi dengan min 3.332 dan sisihan piawai 0.529. dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara Kepimpinan Digital (KED) dalam kalangan pemimpin dengan amalan Kompetensi Digital (KOD) pensyarah (r = 0.365**, p<0.05). Oleh kerana dapatan kajian turut menunjukkan bahawa tahap amalan kompetensi digital pensyarah berada pada tahap sederhana tinggi bagi dimensi amalan penggunaan teknologi digital, maka kajian selanjutnya dicadangkan memberi tumpuan kepada peningkatan pembangunan profesionalisme kompetensi digital pensyarah di Institut Pendidikan Guru.

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 12 Oct 2026 00:15
Last Modified: 12 Oct 2026 00:15
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1738

Actions (login required)

View Item View Item