Amin , Senin
(2011)
PEMIKIRAN SEMULA PEMBANGUNAN KEPIMPINAN SEKOLAH.
Siri Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki
.
Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.
ISBN 9789839479
Abstract
Dalam dunia pendidikan yang semakin rencam, gelombang perubahan yang datang tanpa dijemput adalah di luar kawalan, ramalan dan jangkaan yang akan terus mendesak pemimpin untuk lebih bersedia bagi menghadapi pelbagai kemungkinan dan ketidakpastian. Hanya pemimpin yang proaktif terhadap perubahan mampu memenuhi tuntutan dan kehendak pelanggan serta bergerak seiring dengan cita rasa mereka. Semua ini memerlukan pemimpin menilai semula pemikiran sedia ada agar selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Kesepuluh dan tiga komponen Bidang Keberhasilan Utama Negara berkaitan dengan bidang pendidikan seperti yang telah ditetapkan.
Menyedari hakikat di atas, bahan ini telah ditulis dan dibentangkan oleh penulis dalam Seminar Nasional ke-18 bertempat di Institut Aminuddin Baki untuk mengajak pemimpin-pemimpin sekolah membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepimpinan sekolah yang menjadi cabaran kepada semua pemimpin sekolah di Malaysia. Selain itu, para pembaca akan didedahkan dengan pendekatan-pendekatan terkini dalam pembangunan kepimpinan sekolah yang diterjemahkan dalam kerangka pembangunan kepimpinan sekolah.
Sesungguhnya, sebagai agen perubahan utama dalam organisasi, buah fikiran yang terkandung dalam bahan ini perlu dibaca dan difahami untuk membantu kelangsungan setiap organisasi yang diterajui agar terus mantap dan berdaya saing.
Actions (login required)
 |
View Item |