IAB Institutional Repository

SAFE SCHOOL: IDENTIFIKASI PROFESIONALISME GURU

Shukri , Zain and Syed Ismail , Syed Mohamad (2004) SAFE SCHOOL: IDENTIFIKASI PROFESIONALISME GURU. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 2004. pp. 67-80. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (806kB) | Preview

Abstract

Safe School atau dikenali juga sebagai Sekolah Selamat merupakan idea yang tercetus di Amerika Syarikat dan telah dilaksanakan dengan agak berjaya di California dan Massachusset. Kecenderungan wujudnya identifikasi dan persamaan konsep di antara Safe School dengan Smart School atau Sekolah Bestari di Malaysia telah menjadi asas kepada tujuan kajian dalam kertas kerja ini. Implimentasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sendiri mencerminkan kurikulum tersirat (Hidden Curriculum) yang telah mewarnai hampir setiap elemen yang ada pada model Sekolah Selamat dalam sistem pendidikan di negara ini. Isu-isu semasa yang sedang dihadapi yang menjadi persoalan kepada perlunya idea Sekolah Selamat telah dianalisis dari perspektif tempatan dan luar negara. Manakala empat cabaran utama telah dikenalpasti sebagai kekangan dalam usaha meletakkan asas panduan implimentasi Sekolah Selamat. Sehubungan itu, sebagai satu instrumen identifikasi profesionalisme guru, cadangan strategi perlaksanaan Sekolah Selamat yang dikemukakan dalam kajian ini telah memberi penekanan kepada empat komponen teras yang merangkumi; struktur organisasi sekolah, kepimpinan, pengiktirafan dan sokongan serta eskpektasi akademik yang jelas. Di dalam komponen struktur organisasi sekolah, pemerincian berkaitan program desentralisasi, pengwujudan "Site Management" dan pengamalan "empowerment" telah dihurai secara kritis dalam konteks Malaysia ke arah membina weltanchauung kepengurusan sekolah dalam kerangka falsafah pendidikan dan citra negara ini sendiri. Secara keseluruhannya, kehadiran Sekolah Selamat telah dilihat akan kepentingannya sebagai memenuhi aspirasi wawasan pendidikan negara ke arah menyediakan landasan pragmatis menuju era globalisasi menjelang alaf baru.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: safe school, sekolah selamat, struktur organisasi sekolah, kepimpinan, pengiktirafan dan sokongan, eskpektasi akademik
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 09 Sep 2013 06:47
Last Modified: 21 Apr 2015 02:32
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/194

Actions (login required)

View Item View Item