IAB Institutional Repository

BUDAYA AWAL PAGI MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

Halimah, Abdul Majid and Eow, Yee Leng and Chuah, Beng Ean (2013) BUDAYA AWAL PAGI MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1). Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-20 2013. ISSN (Unpublished)

[img]
Preview
PDF - Presentation
Download (901kB) | Preview

Abstract

Budaya Awal Pagi SMKPP 11(1) bertujuan membangunkan setiap murid dengan kemahiran baharu yang diperlukan untuk merebut peluang pada peringkat global. Dengan bergerak searus dengan Model Penaziran Kemenjadian Murid JNJK, SMKPP 11(1) telah merangka dan melaksanakan Budaya Awal Pagi yang memfokuskan pembentukan modal insan yang mampu dan berani melahirkan pendapat dan cadangan di khalayak ramai, berperanan sebagai pengurus projek; merealisasikan pencapaian personal; dan mengasimilasikan golongan berlainan upaya dengan mereka yang normal dalam perhimpunan setiap pagi. Budaya Awal Pagi berperanan sebagai satu platform untuk membolehkan pembelajaran berlaku secara semulajadi dengan kemahiran generik diterapkan bersama. Aktiviti bermula seawal 7.10 pagi dengan menghimpunkan pelajar untuk aktiviti Segar Minda. Perhimpunan setiap pagi bermula pada 7.20 pagi dan berakhir pada 8.00 pagi. Pelbagai aktiviti dilaksanakan setiap hari dengan melibatkan sekurang-kurangnya 10 orang murid. Ini bermaksud, secara minimumnya, bilangan murid yang berpeluang berada di atas pentas tapak perhimpunan adalah seramai 2000 orang setiap tahun. Setiap murid berpeluang menyertai secara aktif dalam perhimpunan pagi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Impaknya dapat dilihat dari aspek kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sukan, sahsiah yang mulia, murid yang berkeyakinan, kemampuan bersaing pada peringkat global dan sikap sayangkan sekolah dalam kalangan anak didik SMKPP 11(1). Kesimpulannya, Budaya Awal Pagi dapat menjana generasi muda yang mampu bersaing dalam pasaran kerja yang kompetitif serta beretika dan bersahsiah mulia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: budaya awal pagi, aktiviti segar minda, kemenjadian murid
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 17 Sep 2013 04:02
Last Modified: 10 Oct 2013 03:32
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/217

Actions (login required)

View Item View Item