IAB Institutional Repository

PENGARUH KECERDASAN EMOSI PEMIMPIN TERHADAP PENGURUSAN PERUBAHAN SEKOLAH

Izani, Ibrahim (2013) PENGARUH KECERDASAN EMOSI PEMIMPIN TERHADAP PENGURUSAN PERUBAHAN SEKOLAH. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-20 2013. ISSN (Unpublished)

[img]
Preview
PDF - Presentation
Download (313kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kecerdasan emosi pemimpin terhadap pengurusan perubahan di sekolah. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan dalam proses pengumpulan data. Alat ukur kajian yang digunakan ialah soal selidik Emotional Competency Inventory (ECI-V2) (Boyatzis, Goleman & Hay Group, 1999) dan Change Facilitator Style Questionnaire (CFSQ) (Hall & George, 1999). Seramai 342 sampel yang terdiri daripada guru-guru sekolah menengah zon utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan statistik ANOVA, Ujian-t dan Analisis Regresi Berganda (Multiple Regression). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan dalam kecerdasan emosi berdasarkan jantina. Namun begitu, tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam kecerdasan emosi berdasarkan umur dan pengalaman pentadbiran pemimpin sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam pengurusan perubahan berdasarkan umur, dan jantina pemimpin sekolah. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan kecerdasan emosi menjadi penyumbang kepada pengurusan perubahan di sekolah. Secara keseluruhannya, kajian ini menyediakan satu kerangka teori yang menunjukkan sumbangan aspek-aspek kecerdasan emosi terhadap pengurusan perubahan di sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kecerdasan emosi pemimpin, pengurusan perubahan sekolah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 17 Sep 2013 03:59
Last Modified: 07 Jan 2014 03:08
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/219

Actions (login required)

View Item View Item