IAB Institutional Repository

PEMBELAJARAN BERKAITAN SOSIALISASI (SOSIALIZATION RELATED LEARNING) DI KALANGAN STAF BARU: SATU TINJAUAN AWAL DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI SELANGOR

OMAR, ABDULL KAREEM (2002) PEMBELAJARAN BERKAITAN SOSIALISASI (SOSIALIZATION RELATED LEARNING) DI KALANGAN STAF BARU: SATU TINJAUAN AWAL DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI SELANGOR. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002. pp. 145-156. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (595kB) | Preview

Abstract

Pembudayaan organisasi berkait rapat dengan proses sosialisasi yang berlaku dalam organisasi. Proses sosialisasi yang sihat boleh dipupuk dengan kerjasama erat di kalangan seluruh warga organisasi. Pembelajaran berasaskan sosialisasi (Sosialization Related Learning) pula merupakan antara faktor yang dapat menjayakan proses sosialisasi yang sihat dan positif. Kajian ini bertujuan untuk melihat pembelajaran berasaskan sosialisasi di kalangan staf baru di beberapa buah sekolah di Selangor. Responden terdiri daripada staf baru sekolah yang tergolong dalam empat kategori iaitu guru siswazah, guru bukan siswazah, staf sokongan dan pekerja am rendah. Soal selidik "Work Adaptation Questionnaire" yang diasaskan oleh Morton (1993) dan diubahsuai serta dibina semula oleh Reio (1997) digunakan untuk melihat tahap pembelajaran berkaitan sosialisasi yang berlaku di kalangan staf. Empat elemen utama pembelajaran berkaitan sosialisasi dibincangkan iaitu pengetahuan tentang kerja, akulturasi terhadap tugas dan organisasi, membina hubungan serta kepuasan terhadap pengalaman pembelajaran berkaitan sosialisasi. Setiap elemen ini dianalisis skor masing-masing berdasarkan kategori staf. Min digunakan untuk melihat tahap setiap elemen tersebut di kalangan staf. Anova sehala digunakan untuk melihat perbezaan keempat-empat elemen berkenaan dari segi kategori, pengalaman lepas dan status kerja. Dapatan dan kesimpulan kajian ini boleh membantu pemimpin dan pengurus sekolah mengenalpasti serta memantapkan proses sosialisasi kerja dalam organisasi masing-masing.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sosialisasi, pengetahuan kerja, tugas dan organisasi, hubungan, kepuasan sosialisai
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 10 Oct 2013 03:07
Last Modified: 10 Oct 2013 03:07
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/275

Actions (login required)

View Item View Item