IAB Institutional Repository

SUATU ANALISIS IMPAK FIIL PENGETUA/GURU BESAR TERHADAP TANGGAPAN GURU TENTANG KEPEMIMPINAN PENGUPAYAAN

MOHD ZAMBRI, JAAFAR and SULAIMAN, M. YASSIN and WAN SALIHIN WONG, ABDULLAH (2002) SUATU ANALISIS IMPAK FIIL PENGETUA/GURU BESAR TERHADAP TANGGAPAN GURU TENTANG KEPEMIMPINAN PENGUPAYAAN. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002. pp. 166-176. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (498kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kepemimpinan pengupayaan pengetua/guru besar di sekolah sebagaimana tanggapan guru tentang pengupayaan kepada mereka. Pengupayaan pada kebiasaannya tidak terdapat pada organisasi bersistem birokratik seperti sekolah, oleh itu adakah faktor demografik pengetua/guru besar dapat memainkan peranan di bawah kesan fiil pengetua/guru besar masing-masing untuk mewujudkan kepemimpinan pengupayaan. Pengupayaan akan dapat memberi lebih ruang kepada guru dan bertanggungjawab melahirkan sumber manusia yang lebih berkualiti yang kelak menjadi sandaran untuk kemajuan negara. Data untuk kajian ini diperolehi di Sekolah Menengah Kebangsaan Premier dan Sekolah Kebangsaan Gred A di negeri Kelantan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan soalselidik secara survey, di mana pengetua/guru besar mengisi Helaian Data Pengetua/Guru Besar dan menjawab Sort II Keirsey, manakala guru-guru akan menjawab instrumen pengupayaan Short Dan Rineart, School Paricipant Empowerment Scale. Sejumlah 263 orang guru daripada 23 buah sekolah telah dipilih secara rawak berlapis oleh Pengetua/Guru Besar masing-masing untuk memberi respon kepada instrumen pengupayaan. Dengan menggunakan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS), nilai beta diperolehi daripada regresi berganda yang juga merupakan pekali path. Untuk melihat kesan Fiil, suatu model segitiga digunakan dan analisis path dijalankan. Perbandingan nilai mutlak pekali path akan menentukan jenis hubungan sama ada langsung atau tidak langsung. Hasilnya Fiil memberi kesan yang tidak langsung kepada Pengupayaan Guru. Hubungan tidak langsung ini menunjukkan terdapat impak Fiil yang merupakan perangai semulajadi pengetua/gurubesar di dalam pengurusan sekolah. Dapatan kajian ini juga menunjukkan secara keseluruhan terdapat hubungan tidak langsung Fiil dengan pengupayaan guru yang mengimplikasikan impak Fiil terhadap beberapa domain pengupayaan guru iaitu Pembangungan Profesional, Status dan Autonomi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pengetua/guru besar, kepemimpinan pengupayaan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 10 Oct 2013 03:04
Last Modified: 10 Oct 2013 03:04
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/277

Actions (login required)

View Item View Item