Noraziah, Abdul Aziz and Netty Yushani, Yusof, eds.
(2009)
SOSIOLOGI PENDIDIKAN.
Siri Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan
.
Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.
ISBN 9789839479621
Abstract
Sosiologi mengkaji manusia dalam situasi kumpulan. Dalam kerangka yang luas ini terdapat kajian-kajian yang khusus misalnya kajian mengenai institusi, proses dan kajian lain mengenai situasi yang berkaitan dengan kumpulan manusia. Kajian mengenai struktur masyarakat melibatkan lima institusi utama yang diklasifikasikan sebagai bidang pengajian sosiologi iaitu keluarga, agama, pendidikan, politik dan ekonomi. Organisasi-organisasi formal dan kompleks seperti sekolah adalah sebahagian daripada struktur keinstitusian masyarakat. Proses yang dimaksudkan merupakan bahagian masyarakat bertindak dan menghidupkan struktur yang dikaji.
Melalui proses sosialisasi, manusia mempelajari peranan yang diharapkan akan dimainkan oleh mereka; proses susun lapis masyarakat menentukan kedudukan seseorang itu dalam struktur sosial dan corak hidupnya. Perubahan merupakan satu proses yang berterusan yang sentiasa mempengaruhi kehidupan kita. Salah satu faktor yang membawa perubahan melalui sosialisasi adalah pendidikan. Semua manusia mendapat didikan secara formal di sekolah atau secara tidak formal daripada keluarga, rakan sebaya, media massa, sumber-sumber dan saluran lain yang mempunyai pengaruh terhadap dirinya.
Pendidikan, sebagai institusi, berinteraksi dan saling bergabung kepada institusi yang disenaraikan di atas. Pendidikan merupakan sesuatu yang penting bagi masyarakat kerana dianggap dapat memenuhi segala permintaannya, khususnya dari aspek membaiki kedudukan seseorang dalam masyarakat.
Actions (login required)
 |
View Item |