Hailan , Salamun and Rahimah , Ahmad
(2010)
Daya Kepemimpinan Rabbani Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan ke-17 2010.
pp. 56-77.
ISSN 978-983-9479-72-0
Abstract
Kertas ini membentangkan sebahagian dapatan kajian Tesis Doktor Falsafah untuk melihat daya kepemimpinan rabbani pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia. Kepemimpinan Rabbani merujuk kepada kepemimpinan yang minitikberatkan perkongsian tanggungjawab dan pertanggungjawaban dengan menunjukkan amalan kepemimpinan yang didorong oleh pertimbangan moral untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Kaedah kajian adalah kaedah campuran, di mana data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik yang derekabentuk sendiri oleh pengkaji, ditadbirkan kepada sampel kajian yang terdiri daripada 45 orang pengetua, dan 763 orang guru pengurusan SMKA yang dipilih secara rawak struktur berkelompok. Data kualitatif diperoleh melalui temu bual ke atas 12 orang pengetua yang dipilih mengikut jenis kepemimpinan yang ditentukan oleh analisis data kuantitif. Dapatan kajian menunjukkan pengetua mempersepsikan tahap kepemimpinan mereka tinggi, sementara guru-guru mempersepsikan tahap kepemimpinan pengetua pada tahap sederhana tinggi. Kekuatan daya kepemimpinan rabbani yang diukur dengan menggabungkan skor tahap kepemimpinan dan persamaan pendapat di antara persepsi pengetua dan guru-guru, menghasilkan empat jenis kepemimpinan rabbani yang diamalkan. Ini ditentukan oleh kepemimpinan pada tahap tinggi, pengetua dan guru bersependapat (Jenis I), kepemimpinan tahap tinggi, pengetua dan guru tidak bersependapat (Jenis II), kepemimipinan tahap sederhana tinggi, pengetua dan guru bersependapat (Jenis III), kepemimpinan tahap sederhana tinggi, pengetua dan guru tidak bersependapat (Jenis IV).
Actions (login required)
 |
View Item |