Maria, Salih
(2011)
KAJIAN TINDAKAN: PEMANGKIN PERKEMBANGAN ORGANISASI PENDIDIKAN.
Jurnal Kajian Tindakan: Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan (2009-2010).
pp. 29-46.
ISSN 9789839479881
Abstract
Kajian tindakan lazimnya dikaitkan dengan satu pendekatan yang diguna oleh guru untuk memperbaiki amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ia juga
dapat meningkatkan mutu pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia unluk mengubah amalan-amalannya. Pentadbir
dan pengurus pendidikan pula melaksanakan kajian tindakan dengan tujuan memperbaiki dan menambahbaikan proses pentadbiran dan pengurusan supaya lebih berkesan dan
sempurna.
Boleh dikatakan kajian tindakan seumpama ini yang dirancang secara 'top-down’ oleh organisasi demi untuk keberkesanan organisasi tersebut serupa dengan perkembangan sesebuah organisasi. French dan Bell (1990), mendefinisikan perkembangan organisasi sebagai ‘penambahbaikan organisasi melalui kajian tindakan', kerana ia berasaskan
kepada falsafah kajian tindakan yang telah dikonsepkan oleh Lewin (1958) dan kemudian dikembangkan oleh ahli-ahli sains yang lain. Lewin (1958) percaya bahawa motivasi
berkait rapat dengan tindakan untuk sesebuah organisasi berkembang dengan berkesan. Boleh disimpulkan bahawa kajian tindakan adalah ‘belajar daripada apa yang dibuat’
(learning by doing). Kertas kerja ini akan mengupas konsep kajian tindakan dalam merealisasikan perkembangan organisasi pendidikan.
Actions (login required)
 |
View Item |