IAB Institutional Repository

SISTEM SOKONGAN DALAM MEMBANGUNKAN PEMIMPIN SEKOLAH: TINJAUAN TERHADAP PENGETUA DAN GURU BESAR NOVIS DI MALAYSIA

Shariffah Sebran Jamila, Syed Imam and Mohammed Sani, Ibrahaim and Mohd Izham, Mohd Hamzah (2013) SISTEM SOKONGAN DALAM MEMBANGUNKAN PEMIMPIN SEKOLAH: TINJAUAN TERHADAP PENGETUA DAN GURU BESAR NOVIS DI MALAYSIA. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012 . pp. 233-246. ISSN 9789670504063

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (522kB) | Preview
Official URL: http://www.iab.edu.my/

Abstract

Sistem sokongan merupakan elemen penting dalam membantu kejayaan seorang pemimpin sekolah. Sistem sokongan yang efektif dapat menyokong kecemerlangan pemimpin sekolah berhadapan dengan cabaran yang semakin kompleks. Tinjauan mendapati masih banyak negara kurang memfokuskan sistem sokongan bagi membantu pengetua dan guru besar novis dalam memimpin sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sistem sokongan yang diperlukan oleh pengetua dan guru besar novis di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan sistem mentoran atau sokongan rakan sejawat, latihan prakepengetuaan dan latihan pembangunan profesional yang berterusan, sokongan JPN dan PPD serta peluang pendedahan ilmu-iimu pendidikan dari dalam dan luar negara secara berterusan merupakan sokongan yang amat penting dalam meningkatkan tahap profesionalisme pengetua dan guru besar dalam memimpin sekolah. Sistem sokongan yang mantap dapat membantu keupayaan pengetua dan guru besar dalam memimpin sekolah dengan lebih berkesan. Justeru, sistem sokongan yang holistik amat penting dalam menyumbang kecemerlangan pengetua dan guru besar dalam membangunkan sekolah dengan berkesan. Di samping sokongan padu semua pihak di KPM iaitu di bahagian, JPN dan PPD secara langsung dapat membantu pemimpin sekolah membina pendidikan yang berkualiti.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sistem Sokongan, Pengetua/ Guru Besar, Novis
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 09 Feb 2015 08:41
Last Modified: 09 Feb 2015 08:41
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/436

Actions (login required)

View Item View Item