Hashim, Yusup
(2014)
Kepimpinan Teknologi Pendidikan Dalam Kurun Ke-21 : Cabaran Untuk Pemimpin Dan Pentadbir Sekolah.
In:
PROSIDING KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013.
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, Malaysia, pp. 3-27.
ISBN 9789670504216
Abstract
Teknologi daripada awal lagi telah merubah cara guru mengajar dan murid
belajar dari penggunaan tablet papan batu hinggalah kepada penggunaan tablet
komputer seperti Ipad atau Samsung. Bagaimana pengetua atau gurubesar harus
menghadapi perkembangan teknologi yang begitu pesat yang mempengaruhi ledakan
maklumat dan kompleksiti pedagogi yang digunakan dalam kurun ke-21? Pemimpin
dan pengurus sekolah harus bertanggungjawab menghadapi perubahan ini. Adakah
sekolah harus menyediakan satu plan teknologi untuk melaksana dan mengintegrasikan
penggunaan teknologi pendidikan dalam pengurusan dan pengajaran dan pembelajaran
agar dapat membawa masyarakat pendidik dan pelajar sekolah ke Zaman Digital?
Dalam pendidikan guru, model TPACK (Koehler & Mishra, 2008) diberi tumpuan untuk
menghasilkan guru yang berupaya mengintegrasikan teknologi, kandungan dan pedagogi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerja ini juga, akan membincangkan
Lima Standard Nasional Teknologi Pendidikan atau National Educational Technology
Standards (NETS, 2009) untuk pentadbir sekolah yang telah dikemukakan oleh International
Society of Technology Education (ISTE), Amerika.. Di samping itu, dapatan
kajian penggunaan teknologi pendidikan di kalangan pengetua atau gurubesar
menggunakan Technology Standards for School Administrators (TSSA) (2001)
akan dibincangkan. Dapatan kajian menunjukkan peratus keseluruhan bagi enam
standard ini adalah 76.6% (sederhana tinggi.) Dari enam standard ini sokongan
tertinggi bagi pengetua atau gurubesar adalah dalam Standard Pembelajaran
dan Pengajaran (86.4%) diikuti oleh Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional
(77.7%), Produktiviti dan Amalam Profesional (76.9%), Isu Sosial, Perundangan dan
Etika (76.9%), dan Standard Sokongan, Pengurusan dan Operasi (75.3%). Manakala
standard yang terendah ialah dalam Standard Pentaksiran dan Penilaian (66.5%).
Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi
instruksional di sekolah. Sebagai penutup, satu soalan tentang pentaksiran standard
teknologi berasaskan NETS (2002) telah disediakan untuk menilai standard teknologi di sekolah.
Actions (login required)
 |
View Item |