Norul Haida, Hj. Reduzan
(2015)
PENGGUNAAN MODEL KONSTRUKTIVISME DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.
PROCEEDINGS 3rd REGIONAL CONFERENCE ON EDUCATIONAL LEADERSHIP AND MANAGEMENT.
pp. 344-354.
Abstract
Artikel ini berasaskan satu kajian kuasi eksperimen yang dijalankan ke atas Bacelor Pendidikan bahasa Melayu semester 5 dengan menggunakan Model Konstruktivisme
Lima Fasa Needham (1987) dalam pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu.Model ini mempunyai lima fasa, iaitu: orientasi, pencetusan idea, penstrukturan
semula idea, aplikasi idea dan refleksi. Sampel kajian dipilih daripada 2 kumpulanbahasa Melayu semester 5 Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kebolehan sampel
adalah setara dari segi pencapaian akademik. Pelajar daripada kumpulan A ialah Kumpulan Eksperimen dan telah diajar secara terancang selama enam minggu
dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dan pelajar daripada kumpulan B pula ialah Kumpulan Kawalan yang diajar dengan menggunakan pendekatan tradisional. Antara dapatan kajian yang menarik ialah pengajaran dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham(1987) dapat meningkatkan pencapaian subjek secara signifikan dalam mata pelajaran bahasa Melayu berbanding pencapaian subjek Kumpulan Kawalan.Selain itu, didapati minat subjek Kumpulan Eksperimen terhadap mata pelajaranbahasa Melayu turut meningkat secara signifikan setelah diajar dengan
menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987).
Actions (login required)
 |
View Item |