Nik Mohd Fakhruddin, Nik Abd. Rahman and Jamilah, Jaafar and Md. Rahaimi, Rashid @ Yaacob and Aziyah, Mohd Yusoff and Mohd. Amir Shauki, Ahmad and Lim, Swee Ngen and Kamran, Mohamad and Cheng, Lai Lian, eds.
(2015)
MERINTIS PERUBAHAN
MEMPERKASA KEPIMPINAN.
Institut Aminuddin Baki, Nilai, Negeri Sembilan.
ISBN 978-967-0504-23-0
Abstract
Buku ini merupakan himpunan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pensyarah
IAB dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan sepanjang tahun 2012
hingga Februari 2014. Buku Merintis Perubahan Memperkasa Penyelidikan ini
mengandungi lima kajian yang telah melalui beberapa tapisan iaitu kelulusan
dalam Mesyuarat Lembaga Pengajian Institut Aminddin Baki (IAB) dan Mesyuarat
Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Pembangunan IAB. Sebelum kajian-kajian
ini diangkat ke Mesyuarat Lembaga Pengajian IAB, laporan kajian telah terlebih
dahulu dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan
Pembangunan IAB melalui panel khas bagi menjaga kualiti dan mutu kajian-kajian
yang dibentangkan.
Laporan kajian di dalam buku ini disusun mengikut keperluan semasa dan relevan
dengan bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Ia mengandungi kajian
keberkesanan Kursus pengurusan LINUS untuk Guru Besar (KPLUGB), kajian
MBMMBI dan kajian Burnout serta dua kajian bertemakan ICT.
Sejak program LINUS mula dilaksanakan di sekolah rendah, IAB terlibat melatih
pemimpin sekolah bagi memperkasa pengetahuan dan kemahiran mereka dalam
mengurus Program LINUS secara berkesan di sekolah serta memastikan semua murid
Tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi.
IAB juga melaksanakan latihan bagi menyokong dasar MBMMBI dengan melatih
pemimpin sekolah dalam kemahiran bahasa dan komunikasi. Justeru, kajian yang
dijalankan sedikit sebanyak dapat menilai keberkesanan program latihan Jabatan
Bahasa dan Komunikasi.
Pengetahuan dan kemahiran kaunseling adalah penting kepada pemimpin sekolah.
Justeru, untuk memastikan kecemerlangan sekolah, pemimpin perlu bebas daripada
symptom burnout iaitu sindrom ketandusan emosi, depersonalisasi dan pengurangan
pencapaian peribadi yang berlaku akibat staf mengalami tekanan dan tidak mampu
untuk berinteraksi dengan orang lain mereka dan persekitaran kerja mereka. Bertitik
tolak dari itu, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Murid dan
Kaunseling bagi melihat hubungan di antara burnout dengan demografi pemimpin
sekolah.
Dua kajian terakhir dalam buku ini adalah berkaitan dengan kompetensi literasi
teknologi maklumat (TMK) dan ICT pemimpin sekolah. Ia telah memberikan banyak
maklumat ke arah penambahbaikan struktur dan kaedah latihan ICT dan TMK di IAB.
Akhir sekali, sidang editor berharap, buku ini dapat menjadi pencetus minda dan
memberi manfaat kepada semua warga yang terlibat dengan bidang pendidikan dalam
menjulang kecemerlangan organisasi. Sekian.
bin
binti Jaafar Ph.D
bin Rashid @ Yaacob
binti
bin
Swee Ngen
bin
Actions (login required)
 |
View Item |