IAB Institutional Repository

KEPERLUAN LATIHAN DAN KURSUS KEPADA GURU BESAR UNTUK PENINGKATAN PROFESIONALISME

Lokman , Mohd Tahir and M. Al-Muzammil , Yassin and Chua , Lay Kah (2009) KEPERLUAN LATIHAN DAN KURSUS KEPADA GURU BESAR UNTUK PENINGKATAN PROFESIONALISME. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Guru besar selaku individu yang menjadi tunjang utama kepada keberkesanan sesebuah sekolah sering didedahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai kursus dengan harapan mampu menjadikan individu yang berkompetensi dan cekap untuk menerajui sekolah ke arah kecemerlangan. Dalam melaksanakan usaha ini, guru besar juga harus mengikuti pelbagai kursus pengurusan dan kepemimpinan sekolah yang pelbagai bermula apabila dilantik menjadi pentadbir di sekolah. Kajian ini dilaksanakan dengan hasrat meneliti persepsi guru besar tentang keperluan latihan berbentuk kursus yang pernah dihadiri oleh guru besar. Antara objektif kajian yang cuba dilihat adalah sejauh mana kursus yang pernah dihadiri memberi impak kepada kompetensi, jati diri mahupun perkembangan kerja mereka. Di samping itu, bentuk pemilihan guru besar yang menghadiri kursus tersebut malah bentuk kursus yang paling digemari oleh mereka. Kajian yang menggunakan kaedah temu bual ini telah dilaksanakan dalam kalangan guru besar. Hasil kajian mendapati bahawa guru besar yang ditemu bual merasa lebih yakin setelah mereka menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu, mereka lebih menggemari kursus bentuk bengkel berbanding kuliah teori pengurusan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: persepsi; guru besar; profesionalisme; latihan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Mar 2013 08:06
Last Modified: 06 Mar 2013 08:06
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/54

Actions (login required)

View Item View Item