HASHIM, HASSAN
(2001)
PEMIMPIN DAN KEPEMIMPINAN DI SEKOLAH SWASTA:SATU PEMERHATIAN.
In: Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Kali Ke-10, 30 OKTOBER-1 NOVEMBER 2001, IAB CAWANGAN GENTING HIGHLANDS.
(Submitted)
Abstract
Kertas kerja ini membicarakan pemimpin dan kepemimpinan di sekolah swasta. Di antaranya perkara-perkara yang akan disentuh dalam kertas kerja ini ialah peranan dan tanggungjawab pemimpin dalam sekolah swasta dan sistem sekolah swasta. Tanggungjawab dan peranan ini akan dilihat bukan sahaja dari sudut seorang pekerja tetapi dari aspek pembangunan pendidikan negara. Ini ialah kerana pemimpin sekolah swasta sebenarnya bukan hanya menjalankan peranan dan tanggungjawab serta tugas yang diberikan kepadanya tetapi ia juga bertanggungjawab menjayakan rancangan kerajaan dalam membangunkan pendidikan di negara ini. Dalam hal ini, kertas kerja ini akan juga menyentuh beberapa pernyataan dasar yang berkaitan dengan pendidikan di peringkat sekolah yang terdapat di dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMK 8) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Malaysia Ke Tiga (RRJP3) dan kaitanya dengan kepimpinan di sekolah dan sistem pendidikan swasta.
Kertas kerja ini juga akan menyenaraikan dan membicarakan viri-ciri pemimpin dan kepemimpinan yang terdapat di sekolah swasta. Di antara ciri-ciri yang akan dibicarakan ialah: i) ‘accountability’, ii) ‘sense of urgency’, iii) kemahiran pemasaran, iv)pameran imej institusi, v) hubungan awam, vi) keusahawanan, vii) ‘remote sensing’, dan viii) ‘moment of truth’.
Item Type: |
Conference or Workshop Item
(Paper)
|
Uncontrolled Keywords: |
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Kali Ke-10,PEMIMPIN DAN KEPEMIMPINAN DI SEKOLAH SWASTA:SATU PEMERHATIAN |
Subjects: |
L Education > L Education (General) |
Divisions: |
UNSPECIFIED |
Depositing User: |
pdsp 3
|
Date Deposited: |
16 Aug 2016 03:34 |
Last Modified: |
16 Aug 2016 03:34 |
URI: |
http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/557 |
Actions (login required)
 |
View Item |