IBRAHIM, MOHAMMAD SANI and MD.NOOR, ZAITON
(2001)
MASALAH PENGURUSAN SEKOLAH YANG DIHADAPI PENGETUA DAN GURU BESAR YANG BARU DILANTIK.
In: SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN KALI KE-10,, 30 OKTOBER – 1 NOVEMBER 2001, IAB CAWANGAN GENTING HIGHLANDS.
(Submitted)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap masalah amalan pengurusan sekolah yang dihadapi pengetua dan guru besar yang baru dilantik berdasarkan model yang telah diubahsuai daripada pendekatan Pengurusan Berfungsi yang diperkenalkan oleh Henrry Fayol (1949) iaitu (i) merancang, (ii) mengelola, (iii) memimpin/mengarah dan (iv) mengawal ; dan digabungjalin dengan tujuh dimensi pengurusan tanggungjawab dan peranan yang merangkumi pengurusan (i) kurikulum, (ii) kokurikulum, (iii) perkembangan staf, (iv) penyelian dan penilaian, (v) disiplin dan kebajikan pelajar, (vi) hubungan sekolah dengan ibubapa dan komuniti dan (vii) pengurusan pejabat, fizikal dan kewangan. Disamping itu aspek kefahaman tugas, kemahiran/ketrampilan, kualiti peribadi, dan latihan/kursus di kalangan pengetua dan guru besar yang baru dilantik juga dikaji sebagai penyokong dapatan.
Actions (login required)
 |
View Item |