Institut Aminuddin Baki, ,
(2014)
PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE - 10, 2014.
In: KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE - 10, 2014, 27 - 30 April 2014, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.
Abstract
Mengikut model Hallinger terdapat sebelas elemen yang perlu dilakukan oleh kepimpinan
instruksional. Salah satu elemen dalam modul tersebut menekankan keperluan mengawal
masa instruksional. Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu
komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara
berkesan di sekolah. Kesedaran perlu ada di peringkat sekolah dalam memastikan satu
usaha berterusan ke arah memastikan budaya mengurus masa yang optimum dan berkualti
dilaksanakan adalah amat penting demi pembangunan modal insan yang berpengetahuan
dan berkemahiran. Isu guru ganti di sekolah-sekolah merupakan satu keadaan biasa
yang sering berlaku hampir setiap hari. Penglibatan guru menjalankan tugas-tugas
rasmi di luar sekolah pada waktu persekolahan atas arahan PPD, JPN, dan KPM serta
ada juga yang mengambil cuti sakit, cuti sambilan, dan sebagainya yang
menyebabkan perjalanan PdP di dalam kelas tergendala. Satu kaedah atau usaha yang
berkesan dan tidak membebankan guru yang berada di sekolah perlu dirancang supaya
proses PdP tetap berlaku walaupun guru mata pelajaran tidak hadir pada waktu
tersebut. Kertas ini dirancang bertujuan untuk memenuhi pengisian waktu guru ganti
yang lebih berkesan, membantu mengurangkan bebanan kerja guru yang bertugas,
memudahkan pemantauan pihak pentadbir dan seterusnya PdP di dalam kelas tersebut
dapat dilaksanakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Projek ini
juga dapat menyedarkan guru supaya bertugas dengan sepenuh hati bersesuaian dengan
tuntutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981 bertajuk PenggunaanWaktuTidak
Mengajar/Waktu Luang (free period) oleh guru bagi menggantikan guru yang tidak
hadir.
Actions (login required)
 |
View Item |