IAB Institutional Repository

HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DISTRIBUTIF PENGETUA DAN KEPEMIMPINAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH

Azhar, Harun and Ramli, Basri (2016) HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DISTRIBUTIF PENGETUA DAN KEPEMIMPINAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH. JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 29 Bil. 01 • OGOS 2016, 29 (1). pp. 64-73. ISSN 1511-4147

[img] PDF
Download (542kB)

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menempatkan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah di Malaysia. Namun cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi pemimpin pendidikan di peringkat sekolah kini menyebabkan mereka mengalami kesukaran memimpin secara bersendirian. Perkongsian kepemimpinan dengan guru adalah satu bentuk baru kepemimpinan yang perlu diterokai. Langkah kehadapan yang dilaksanakan oleh KPM, iaitu berganjak kepada kepemimpinan distributif seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Oleh itu kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara kepemimpinan distributif pengetua dan kepemimpinan guru; mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan distributif pengetua dan kepemimpinan guru; dan seterusnya, menentukan peramal utama kepemimpinan guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui instrumen yang mengabungkan dua soal selidik iaitu Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) yang dibangunkan oleh Elmore (2000) seterusnya diubahsuai oleh Gordon (2005) dan Teacher Leadership School Survey (TLSS) oleh Katzenmeyer dan Moller (2001). Responden kajian terdiri daripada 400 responden dalam kalangan guru sekolah menengah di zon timur Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kepemimpinan distributif pengetua dan kepemimpinan guru di sekolah menengah adalah berada pada tahap tinggi. Berdasarkan faktor demografi, guru pasca siswazah mempunyai persepsi yang lebih tinggi dan signifikan terhadap kepemimpinan distributif pengetua berbanding guru siswazah. Seterusnya guru yang mempunyai tempoh perkhidmatan dan tempoh berkhidmat di sekolah semasa lebih daripada tiga tahun menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap kedua-dua kepemimpinan tersebut. Seterusnya, keputusan menunjukkan bahawa kepemimpinan distributif mempunyai hubungan signifikan positif yang kuat dengan kepemimpinan guru. Ini menunjukkan semakin tinggi tahap kepemimpinan distributif maka semakin tinggi tahap kepemimpinan guru. Didapati dimensi perkongsian tanggungjawab merupakan peramal utama kepada kepemimpinan guru. Justeru, hasil kajian ini menunjukkan bahawa semakin tinggi amalan perkongsian tanggungjawab semakin tinggi perkongsian kepemimpinan dapat dilaksanakan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 29 Bil. 01 • OGOS 2016, HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DISTRIBUTIF PENGETUA DAN KEPEMIMPINAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 13 Jun 2017 02:20
Last Modified: 13 Jun 2017 02:20
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/608

Actions (login required)

View Item View Item