IAB Institutional Repository

KEBERKESANAN PENGURUSAN PERUBAHAN DI SEKOLAH

Azman,, Abbas (1998) KEBERKESANAN PENGURUSAN PERUBAHAN DI SEKOLAH. Other thesis, Universiti Utara Malaysia.

[img] PDF - Published Version
Download (1MB)

Abstract

Pengurusan perubahan yang efektif dalam pendidikan merupakan elemen penting bagi memastikan negara terus mempunyai daya saing yang mapan. Menyedari akan kepentingan tersebut, penyelidikan ini dijalankan bagi mengesan faktor-faktor eksternal dan internal yang mempengaruhi perubahan di sekolah. Selain itu, penyelidikan ini bertujuan mengenalpasti proses-proses amalan pengurusan perubahan yang efektif di sekolah. Proses-proses ini meliputi pencairan, pergerakkan dan pembekuan semula yang berdasarkan kajian literatur yang ekstensif. Data kajian telah diperolehi melalui pendekatan trangulasi dengan menjalankan pemerhatian dan temubual terhadap dua kumpulan responden, iaitu terdiri daripada pengetua dan guru daripada tiga buah sekolah. Temubual dilaksanakan melalui penggunaan dua versi panduan soalan separa berstruktur yang mengandungi dimensi-dimensi yang telah dikenalpasti. Pengumpulan data juga dibuat melalui pemerhatian terhadap persekitaran sekolah yang dilawati. Analisis menunjukkan bahawa responden secara keseluruhannya mempunyai persepsi yang sesuai mengenai perubahan dalam pendidikan. Pengetua yang mempunyai kefahaman mendalam tentang pentingnya perubahan dalam pendidikan didapati lebih berjaya mengurus perubahan di sekolah. Faktor-faktor eksternal yang mendorong kepada perubahan pendidikan ialah politik, sosial, ekonomi dan teknologi. Faktor-faktor internal yang telah dikenalpasti mempengaruhi pengurusan perubahan di sekolah pula termasuklah kepimpinan, pengalaman serta pengetahuan pengetua. Pengalaman kejayaan guru yang lalu serta penambahan beban kerja menentukan sikap guru terhadap perubahan. Dapatan juga menunjukkan bahawa pengetua yang dapat menguruskan proses perubahan dengan berkesan, berupaya melaksanakan ketiga-tiga tahap di dalam proses perubahan, iaitu proses pencairan, pergerakkan dan pembekuan semula. Sekolah-sekolah kajian didapati melaksanakan elemen penting dalam tahap pencairan, iaitu menyampaikan informasi baru. Proses pergerakkan seringkali dipenuhi dengan program ceramah dan kursus dalaman manakala proses pembekuan semula dilakukan menerusi program peningkatan staf secara berterusan dan pengiktirafan guru. Kajian juga menunjukkan bahawa sekolah yang telah berjaya menguruskan perubahan dengan efektif akan mengalami perubahan dalam budaya organisai serta norma sekolah. Penyelidik juga mendapati pengikhtirafan guru merupakan perkara penting yang akan meninggikan self esteem guru. Aspek pemantauan terhadap proses perubahan pula didapati kurang diberi penekanan. Analisis terhadap dapatan kajian merumuskan bahawa keberkesanan pengurusan pendidikan bergantung kepada keupayaan pengetua melaksanakan ketiga-tiga proses pengurusan perubahan yang telah dikenalpasti.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: keberkesanan pengurusan perubahan di sekolah azman abbas
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 18 Aug 2017 04:03
Last Modified: 18 Aug 2017 04:03
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/624

Actions (login required)

View Item View Item