IAB Institutional Repository

KEPIMPINAN PENGETUA SEBAGAI AGEN PERUBAHAN DI SEBUAH SEKOLAH DI KELANTAN

Hazura,, Wan Husain (2009) KEPIMPINAN PENGETUA SEBAGAI AGEN PERUBAHAN DI SEBUAH SEKOLAH DI KELANTAN. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF - Cover Image
Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat kepimpinan pengetua sebagai agen perubahan di sekolah. Ia dijalankan bagi mengenal pasti kerangka perubahan yang disediakan oleh seorang bekas pengetua yang dijadikan subjek kajian untuk sekolahnya. la dijalankan bagi menjawab persoalan mengenai (1) bentuk persediaan sekolah dalam menerima perubahan yang dilakukan oleh pemimpin sekolah; dan (2) cara pengetua menggalakkan staf sekolah untuk turut melibatkan diri dan menerima perubahan yang berlaku. Dua teknik utama iaitu temu bual dan bukti dokumen digunakan untuk mengutip dan mengumpul data. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan sepuluh soalan temu bual semi struktur untuk mengumpul data kualitatif daripada responden kajian. Informan terdiri daripada seorang bekas pengetua sebagai key indicator dan dua orang pembantu pentadbir iaitu seorang PK HEM dan seorang kaunselor yang pernah berkhidmat bersama beliau. Keputusan analisis menunjukkan bahawa dapatan kajian memberi implikasi bahawa warga sekolah kajian mampu berubah dan merubah diri dari segi cara bekerja dengan berpandukan kepada kualiti proses (TQM) sebagai standard yang akhirnya akan mewujudkan sekolah sebagai thinking school, learning school dan creating school.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: kepimpinan pengetua sebagai agen perubahan di sebuah sekolah di kelantan
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 30 Aug 2017 02:53
Last Modified: 30 Aug 2017 04:02
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/626

Actions (login required)

View Item View Item