IAB Institutional Repository

PERANAN PENTADBIR DALAM PROSES PERUBAHAN TERANCANG: INTEGRASI ICT DAN PEDAGOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MOHD IZHAM , MOHD HAMZAH and NORAZAH , MOHD. NORDIN (2007) PERANAN PENTADBIR DALAM PROSES PERUBAHAN TERANCANG: INTEGRASI ICT DAN PEDAGOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 17 (02). pp. 1-16. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (847kB) | Preview

Abstract

Perubahan terancang adalah perlu dalam pendidikan bagi mempersiapkan masyarakat sekolah dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi mengintegrasi ICT secara efektif dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Proses peningkatan persekitaran pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang pendidikan melalui ICT merupakan salah satu agenda terpenting dalam era globalisasi. Dalam memaksimakan potensi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah sendiri menjadi elemen yang sangat kritikal. Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memberi pendedahan kepada guru dan pelajar bagaimana untuk membudayakan ICT dan berkemahiran menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengintegrasian ini adalah penting bagi memastikan sebarang perubahan persekitaran ICT yang telah ditetapkan dapat berkembang dengan teratur dan tersusun. Kertas kerja ini membincangkan peranan pentadbir dan isu dalam proses pengintegrasian ICT dan pedagogi serta proses perubahan terancang yang terlibat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: integrasi, ICT, pedagogi,pentadbir pengajaran dan pembelajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 07 Mar 2013 01:20
Last Modified: 07 Mar 2013 01:20
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/63

Actions (login required)

View Item View Item