IAB Institutional Repository

SEJAUHMANA PENGURUSAN SEKOLAH DAN SUKATAN PENDIDIKAN ISLAM K.B.S.M. DAPAT DIKAITKAN DENGAN KONFLIK AKHLAK PELAJAR ISLAM DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SABAK BERNAM, SELANGOR

Jamali, Basri (1995) SEJAUHMANA PENGURUSAN SEKOLAH DAN SUKATAN PENDIDIKAN ISLAM K.B.S.M. DAPAT DIKAITKAN DENGAN KONFLIK AKHLAK PELAJAR ISLAM DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SABAK BERNAM, SELANGOR. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Cover Image
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat konflik akhlak pelajar Islam di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Selangor, Seramai 240 responden pelajar meliputi 120 perempuan dan 120 lelaki telah dipilih secara rawak. Seramai 12 orang responden guru yang terlibat dengan pengurusan pelajar di sekolah sampel telah dipilih. Sebanyak EMPAT buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang menjadi sampel mewakili 8 buah sekolah. Sekolah sampel diambil dari setiap kawasan Dewan Undangan Negeri. Data kes juvana dan jenayah syariah juga diperolehi. Data dianallsis untuk melihat frekuansi, peratusan dan pekali kolerasi. Tujuannya adalah untuk melihat hubungan atau kaitan di antara pembolehubah akhlak dengan pembolehubah pengurusan sekolah, Sukatan Pendidikan Islam KBSM dan latar belakang keluarga. Analisis ahklak pelajar yang diperolehi menunjukkan daerah ini masih boleh dianggap bersih. Walaupun terdapat salahlaku akhlak yang "berat" dikalangan pelajar, tetapi terlalu kecil dan diperingkat awal. Secara umum pelajar perempuan mempunyai ahklak yang lebih baik dari lelaki. Analisis kolerasi menunjukkan terdapat hubungan yang tidak berapa signifikan antara akhlak pelajar dengan pengurusan sekolah dan Sukatan Pendidikan Islam KBSM. Walau bagaimanapun akhlak pelajar lebih hampir signifikan dengan latar belakang keluarga.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: sejauhmana pengurusan sekolah dan sukatan pendidikan islam kbsm dapat dikaitkan dengan konflik akhlak pelajar islam di sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah sabak bernam selangor
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 30 Aug 2017 03:03
Last Modified: 30 Aug 2017 04:01
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/630

Actions (login required)

View Item View Item