Aminuddin, Mohd. Sani (1997) FAKTOR-FAKTOR BERKAITAN DENGAN KEPUASAN KERJA GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (GPK HEM) SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
![]() |
PDF
- Cover Image
Download (2MB) |
Abstract
Kepuasan kerja sering dibincangkan oleh ramai pekerja secara formal dan tidak formal. Dewasa ini pula masyarakat mempertikaikan kewibawaan guru yang dikatakan kurang berjaya dalam mendidik pelajar sehingga banyaknya berlaku gejala sosial. Masalah ini banyak ditumpukan kepada GPK HEM yang bertanggungjawab secara langsung kepada hal ehwal murid termasuk perkembangan dan pembangunan mereka. GPK HEM berhadapan juga dengan tanggungjawab yang lain di sekolah. Berdasarkan kepada fenomena ini kajian dilakukan bagi mengenalpasti tahap kepuasan kerja GPK HEM dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Faktor yang dikaji adalah faktor motivator dan faktor hygiene. Seramai 67 orang GPK HEM daripada 155 orang terlibat. Pemilihan sampel adalah secara rawak tetapi taburan pemilihan diperluaskan kepada aspek tahap masalah sekolah, lokasi sekolah , gred sekolah, jantina, pengalaman dan kumpulan etnik. Borang soalselidik digunakan bagi mengukur tahap kepuasan kerja mereka. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu melihat kekerapan, peratusan, ANOVA dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan GPK HEM di negeri Johor adalah sederhana dan tinggi. Peratus kepuasan tinggi adalah lebih daripada kepuasan sederhana. Ujian ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja secara khusus dan keseluruhan mengikut kumpulan etnik, pengalaman, jantina dan lokasi sekolah. Terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja secara khusus mengikut gred sekolah tetapi tiada perbezaan bagi kepuasan secara keseluruhan. Ujian korelasi pula mendapati hanya faktor naik pangkat, status, dan gaji mempunyai perkaitan sederhana manakala faktor keadaan tempat kerja dan keselamatan kerja mempunyai perkaitan yang rendah. Lain-lain faktor tiada perkaitan dengan kepuasan kerja GPK HEM. Kesimpulannya ialah walaupun terdapat berbagai tekanan dari luar dan dalam, GPK HEM di negeri Johor masih lagi mempunyai kepuasan terhadap kerja itu. Ini menunjukkan faktor motivator dan faktor hygiene masih tidak mencukupi bagi menerangkan tahap kepuasan kerja seseorang. Kajian ini mencadangkan supaya pihak pengurusan sekolah dan Jabatan mengenalpasti faktor ketuhanan sebagai faktor lain selain dari faktor motivator dan faktor hygiene yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja. Tahap kepuasan kerja yang tinggi akan menghasilkan produktiviti yang berkualiti. Sehubungan dengan itu kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk menemui faktor baru tersebut.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | FAKTOR-FAKTOR BERKAITAN DENGAN KEPUASAN KERJA GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (GPK HEM) SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 30 Aug 2017 03:45 |
Last Modified: | 30 Aug 2017 04:00 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/640 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |