Mashudi, Bahari
(1997)
PENGURUSAN PEMILIHAN DAN SIKAP KEPIMPINAN DI KALANGAN PEMIMPIN PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH GOMBAK, BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN.
Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau dan menganalisis Pengurusan Pemilihan dan Sikap Kepimpinan di kalangan Pemimpin Pelajar di Sekolah-sekolah Menengah daerah Gombak, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan satu set soal-selidik yang direka khas bagi mendapatkan data yang berkaitan. Seramai 200 orang responden dipilih secara rawak bagi mewakili keseluruhan populasi pemimpin pelajar di sekolah menengah daerah Gombak. Data yang diperolehi diproses dan dianalisis menggunakan Satistical Package for Social Sciences (SPSS). Data dianalisa menggunakan kaedah Staistik Diskriptif, Crosstabulation, Ujian 't', Correlation dan ANOVA Sehala bagi menghuraikan dapatan data yang diuji. Dapatan kajian mendapati bagi proses pemilihan pemimpin pelajar, 123 kes (61.5%) adalah melalui pemilihan secara langsung dan 77 kes (38.5%) melalui proses demokrasi. Terdapat perbezaan siginifikan antara proses dengan jantina pemimpin pelajar, perbezaan siginifikan sikap kepimpinan pemimpin pelajar dengan tahap pencapaian akademik, perbezaan siginifikan sikap kepimpinan pemimpin pelajar antara jantina dan perbezaan siginifikan sikap kepimpinan pemimpin pelajar antara jawatan pemimpin pelajar.
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Uncontrolled Keywords: |
PENGURUSAN PEMILIHAN DAN SIKAP KEPIMPINAN DI KALANGAN PEMIMPIN PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH GOMBAK, BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN |
Subjects: |
L Education > L Education (General) |
Divisions: |
UNSPECIFIED |
Depositing User: |
pdsp 2
|
Date Deposited: |
30 Aug 2017 04:12 |
Last Modified: |
30 Aug 2017 04:12 |
URI: |
http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/652 |
Actions (login required)
 |
View Item |