Zaiton, Shahidan
(2001)
SATU KAJIAN TENTANG HUBUNGAN ANTARA PENGURUSAN KURIKULUM DENGAN PRESTASI AKADEMIK DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN.
Other thesis, Universiti Utara Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sama ada sistem pengurusan kurikulum yang sistematik dan berkesan telah diamalkan di sekolah pada hari ini, di samping mengesan hubungan antara sistem pengurusan kurikulum dengan prestasi akademik. Responden dalam kajian ini terdiri daripada enam puluh orang guru kanan dan sembilan puluh orang ketua panitia di lima belas buah sekolah menengah kebangsaan gred A di daerah Kuala Muda. Dua set soal selidik telah digunakan. Satu set diedarkan kepada guru kanan dan satu set lagi diberi kepada ketua panitia untuk menilai sistem pengurusan kurikulum. Data diproses menggunakan perisian SPSS 10.00 for Windows, dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif frekuensi dan kaedah korelasi untuk melihat hubungan antara sistem pengurusan kurikulum dengan prestasi akademik. Dapatan utama kajian menunjukkan kesemua sekolah mengamalkan sistem pengurusan kurikulum seperti mana yana disarankan dan terdapatnya hubungan yang positif antara sistem pengurusan kurikulum dengan prestasi akademik. Ini menunjukkan bahawa prestasi akademik akan meningkat jika sistem pengurusan kurikulumnya dibaiki. Adalah dicadangkan kepada semua pihak yang terlibat terutama dalam bidang pengurusan kurikulum peringkat sekolah agar terus membuat penilaian dan mungkin pengubahsuaian sistem pengurusan kurikulum sekolah masing-masing untuk tujuan memperbaiki dan meningkatkan keberkesanannya.
Actions (login required)
 |
View Item |