IAB Institutional Repository

KEPERLUAN FISIOLOGI DAN PSIKOLOGI, KAITANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI.

Nor Salleh, Ngatimin (1997) KEPERLUAN FISIOLOGI DAN PSIKOLOGI, KAITANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF - Cover Image
Download (1MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara keperluan fisiologi dan psikologi dengan kepuasan bekerja guru-guru sekolah menengah daerah Kota Tinggi. Keperluan guru-guru ini dilihat dari segi keperluan fisiologi, keselamatan, sosial dan kasih sayang, penghargaan diri, dan pencapaian hasrat diri. Kepuasan bekerja guru-guru pula dilihat berdasarkan faktor-faktor motivator iaitu pencapaian, pengiktirafan, kenaikan pangkat, pekerjaan itu sendiri, peluang untuk berkembang dan tanggungjawab. Subjek kajian ini terdiri daripada 80 orang guru-guru di 8 buah sekolah menengah daerah Kota Tinggi yang berjawatan tetap. Borang soal selidik yang digunakan terdiri daripada 4 item mengenai maklumat diri guru dan 28 item mengenai keperluan serta kepuasan bekerja. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Ujian Korelasi Pearson `r' dan Ujian-T. Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa keperluan guru-guru adalah berbeza-beza. Sementara kepuasan bekerja guru-guru tersebut juga berbeza-beza. Namun begitu secara keseluruhannya didapati kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara keperluan dan kepuasan bekerja guru-guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: KEPERLUAN FISIOLOGI DAN PSIKOLOGI, KAITANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Oct 2017 01:46
Last Modified: 06 Oct 2017 01:46
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/666

Actions (login required)

View Item View Item