Mahazari, Mohd. Zain
(1997)
KEPUASAN KERJA GURU-GURU SAINS PERTANIAN DI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL PERTANIAN DAN SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI NEGERI PAHANG SATU TINJAUAN.
Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk rnenentukan tahap kepuasan kerja guru Sains Pertanian di Sekolah Menengah Akademik dan Sekolah Menengah Vokasional Pertanian di Negeri Pahang. Lapan faktor Demografi responden ( Kelayakan, umur, jantina, status perkahwinan, pengalaman mengajar, pendapatan, institusi pekerjaan dan lokasi sekolah) juga dikaji untuk menentukan samada wujud perbezaan dalam kepuasan kerja. Semua populasi kajian yang terdiri dari 47 orang guru telah dipilih sebagai sampel di mana 41 responden telah memberikan maklumbalas, Instrumen 'Job Descriptive Index' telah digunakan untuk rnengukur tahap kepuasan kerja. Soal selidik secara pos dan serahan tangan digunakan untuk mengumpulkan data. Data dianalisis menggunakan SPSS PC+ Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menguji hipotesis. Keputusan analisis menunjukkan majoriti guru Sains Pertanian berpuas hati dengan kerja keseluruhan, keadaan pekerjaan, rakan sekerja dan penyeliaan tetapi berpuas hati dengan peluang kenaikan pangkat dan gaji mereka. Terdapat perkaitan negatif di antara pengalaman mengajar dengan kepuasan terhadap rakan sekerja dan pekerjaan keseluruhan, juga terdapat perkaitan negatif di antara kelayakan akademik dengan kepuasan terhadap keadaan pekerjaan , Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja dari segi umur terhadap rakan sekerja. Terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja dari segi pengalaman mengajar terhadap keadaan kerja keseluruhan dan rakan sekerja. Keputusan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja berdasarkan institusi pekerjaan, kelayakan akadernik, jantina, pendapatan, status perkahwinan dan lokasi sekolah.
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Uncontrolled Keywords: |
KEPUASAN KERJA GURU-GURU SAINS PERTANIAN DI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL PERTANIAN DAN SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI NEGERI PAHANG SATU TINJAUAN |
Subjects: |
L Education > L Education (General) |
Divisions: |
UNSPECIFIED |
Depositing User: |
pdsp 2
|
Date Deposited: |
06 Oct 2017 01:47 |
Last Modified: |
06 Oct 2017 01:47 |
URI: |
http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/668 |
Actions (login required)
 |
View Item |