Shariffah Sebran Jamila , Syed Imam and Nor Foniza, Maidin and Mohammed Sani , Ibrahim
(2009)
KONFLIK DI SEKOLAH: PENDEKATAN BERHEMAH DALAM KALANGAN PENTADBIR SEKOLAH RENDAH.
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 19 (02).
pp. 51-66.
ISSN 1511-4147
Abstract
Kajian ini merupakan kajian tinjauan bertujuan untuk melihat pendekatan pengurusan konflik dalam kalangan guru besar dan penolong kanan di sekolah rendah. Kajian ini mennggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik dan disokong dengan kajian kualitatif menggunakan kaedah temubual. Sampel kajian terdiri daripada 128 orang guru besar 141 orang PK Kurikulum, 132 orang PK HEM dan 129 orang PK Kokurikulum di zon tengah yang dilibatkan sebagai responden dari negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah duji kesahan dan kebolehpercayaan di mana nilai Alfa Cronbachnya ialah 0.958. Data dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan guru besar dan penolong kanan berpendapat adalah lebih mudah menguruskan konflik tugas daripada konflik peribadi. Mereka juga berpendapat bahawa menguruskan konflik tugas dan struktur memberi manfaat kepada organnisasi berbanding dengan konflik peribadi. Pendekatan yang sering diambil oleh guru besar dan penolong kanan dalam menghadapi konflik yang berlaku di sekolah adalah berkongsi matlamat dan bersemuka. Pihak pentadbir sekolah lebih selesa menyelesaikan konflik yang wujud tanpa kehadiran pihak ketiga dan pendekatan yang sukar dilaksanakan adalah mengubah struktur organisasi. Kesimpulannya pihak pentadbir berani berdepan dengan konflik yang timbul serta lebih banyak menggunakan pendekatan muafakat serta tolak ansur dalam menangani konflik berbanding menggunakan kuasa yang ada. Walau bagaimanapun, guru besar perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran melaksanakan program pengurusan konflik untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih kompeten dalam menangani konflik di sekolah.
Actions (login required)
 |
View Item |