IAB Institutional Repository

TAHAP KESEDIAAN GURU MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH SEKOLAH MENENGAH DI KOTA KINABALU, SABAH.

Mohamad Nizam, Nazarudin and Chua,, Sui Sen and Hamzah, Md Omar (2008) TAHAP KESEDIAAN GURU MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH SEKOLAH MENENGAH DI KOTA KINABALU, SABAH. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 18 (02). pp. 89-104. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan tahap kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Perbincangan memfokuskan kepada empat aspek iaitu tahap kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer; perbezaan tahap kesediaan guru mengikut umur, pengalaman mengajar, pengalaman mengikuti kursus komputer dan pemilikan komputer peribadi di rumah; pengaruh tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran terhadap kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dan hubungan tahap-tahap tersebut dengan tahap kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru adalah sederhana; tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesediaan guru mengikut faktor demografi, sebaliknya terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran dengan kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer. Tahap pengetahuan menyumbang pengaruh paling tinggi terhadap kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: teknologi maklumat, komputer, SEKOLAH MENENGAH DI KOTA KINABALU
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 11 Mar 2013 03:22
Last Modified: 11 Mar 2013 03:22
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/69

Actions (login required)

View Item View Item