IAB Institutional Repository

HUBUNGAN TINGKAH LAKU KEPIMPINAN DENGAN TEKANAN KERJA: SATU PERBANDINGAN ANTARA HOSPITAL AWAM DENGAN HOSPITAL SWASTA

Ng, Lay Tuan (1997) HUBUNGAN TINGKAH LAKU KEPIMPINAN DENGAN TEKANAN KERJA: SATU PERBANDINGAN ANTARA HOSPITAL AWAM DENGAN HOSPITAL SWASTA. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF - Published Version
Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tingkah laku kepimpinan dan hubungannya dengan tekanan kerja pengikutnya. Satu perbandingan antara persepsi jururawat di hospital awam dengan jururawat di hospital swasta terhadap tingkah laku kepimpinan telah dilakukan. Min untuk setiap dimensi telah dikenal pasti, kemudian disusun dalam hierarki mengikut tahap kekuatan dimensi-dimensi tingkah laku kepimpinan tersebut. Tinjauan juga dibuat untuk melihat perbezaan persepsi jururawat terhadap tingkah laku kepimpinan mengikut kaum dan tempoh perkhidmatan. Seramai 95 orang jururawat, iaitu 55 orang dari Hospital Besar Alor Setar dan 40 orang dari Pusat Pakar Utara terlibat dalam kajian ini. Hospital Besar Alor Setar mewakili hospital awam manakala Pusat Pakar Utara ialah sebuah hospital swasta. Dimensi-dimensi tingkah laku kepimpinan diukur dengan menggunakan Leader Behaviour Description Questionnaire (LBDQ 12) manakala tekanan kerja diukur dengan menggunakan Job Related Tension Index (JRTI). Tahap setiap dimensi tingkah laku dianalisis melalui statistik deskriptif. Hubungan dan sumbangan tingkah laku kepimpinan dengan tekanan kerja dianalisis dengan menggunakan kaedah korelasi Pearson dan regresi linear pelbagai. Perbandingan antara dua buah hospital dilakukan dengan Ujian-t. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa ketua atau pemimpin mengamalkan dimensi-dimensi tingkah laku kepimpinan LBDQ 12 pada tahap yang agak tinggi di kedua-dua hospital. Adalah didapati tiada perbezaan persepsi jururawat terhadap tingkah laku kepimpinan di hospital awam dan hospital swasta. Malahan, didapati juga bahawa tidak terdapat perbezaan dalam persepsi jururawat terhadap tingkah laku kepimpinan mengikut kaum dan tempoh perkhidmatan mereka. Daripada analisis korelasi Pearson, didapati bahawa tingkah laku kepimpinan mempunyai hubungan yang siginifikan tetapi negatif dengan tekanan kerja pengikutnya. Daripada 12 dimensi tingkah laku, didapati dimensi timbang rasa merupakan dimensi paling berkesan untuk mengurangkan tekanan kerja pengikut. Implikasi daripada kajian ini dan juga cadangan untuk kajian pada masa akan datang turut diberikan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: HUBUNGAN TINGKAH LAKU KEPIMPINAN DENGAN TEKANAN KERJA: SATU PERBANDINGAN ANTARA HOSPITAL AWAM DENGAN HOSPITAL SWASTA
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Oct 2017 02:19
Last Modified: 06 Oct 2017 02:19
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/694

Actions (login required)

View Item View Item