IAB Institutional Repository

TABIAT MEMBACA DI KALANGAN REMAJA LUAR BANDAR: SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR TINGKATAN DUA DAN TINGKATAN EMPAT DI KAWASAN LINGGI DAN RANTAU, NEGERI SEMBILAN.

Zalena, Abd. Razak (1999) TABIAT MEMBACA DI KALANGAN REMAJA LUAR BANDAR: SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR TINGKATAN DUA DAN TINGKATAN EMPAT DI KAWASAN LINGGI DAN RANTAU, NEGERI SEMBILAN. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Kajian ini umumnya adalah untuk mengkaji mengenai tabiat membaca bahan bacaan seperti buku cerita, buku agama, novel, komik, majalah dan suratkhabar di kalangan pelajar luar bandar. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tentang jenis bahan bacaan dan isi kandungan bahan bacaan yang digemari oleh pelajar, mengkaji kekerapan pelajar membaca bahan-bahan bacaan tersebut, mengetahui tujuan pelajar membaca bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah, mengetahui sumber-sumber dari mana pelajar memperolehi bahan bacaan tersebut dan mengkaji adakah terdapat keutamaan dalam pemillhan bahasa bahan bacaan yang dibaca. Selain daripada itu kajian ini juga mengkaji perbezaan di antara etnik iaitu pelajar Melayu, Cina dan India dari segi pemilihan jenis bahan bacaan, isi kandungan bahan bacaan, pemilihan bahasa bahan bacaan dan kekerapan membaca bahan bacaan. Seterusnya kajian ini mengkaji daripada siapakah pelajar mendapat galakan untuk membaca dan mengetahui pandangan pelajar terhadap aktiviti membaca secara umumnya. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah di kawasan Linggi dan Rantau, Negeri Sembilan dan menggunakan 300 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua dan empat sekolah tersebut. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajiselidik dan maklumat dikumpulkan dengan mengedarkan borang soal-selidik yang diisikan oleh setiap responden. Maklumat yang diperolehi kemudiannya dianalisa dengan menggunakan program SPSS pada komputer. Keputusan kajian ini mendapati bahan bacaan yang paling kerap dibaca oleh pelajar ialah suratkhabar dan yang paling disukai ialah buku cerita. Jenis buku cerita yang paling digemari ialah cerita seram dan menakutkan. Sementara itu, majalah yang kerap dibaca oleh pelajar ialah majalah hiburan. Didapati juga pelajar membaca suratkhabar hampir pada setiap hari dengan tujuan untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu tujuan utama pelajar membaca buku cerita ialah untuk memenuhi masa lapang. Kebanyakan pelajar menyatakan guru banyak memberi galakan kepada mereka supaya membaca. Majoriti pelajar menyatakan bahawa aktiviti membaca banyak memberikan faedah kepada mereka. Perbandingan antara etnik pula mendapati pelajar Melayu kerap membaca majalah sementara pelajar Cina dan India kerap membaca suratkhabar. Pelajar Melayu juga didapati paling suka membaca majalah dan komik manakala pelajar Cina dan India paling suka membaca buku cerita. Selain itu pelajar Melayu didapati kerap membaca majalah hiburan sementara pelajar Cina membaca majalah pendidikan dan pelajar India pula majalah sukan. Dari segi pemilihan bahasa pula didapati pelajar Melayu, Cina dan India memilih untuk membaca buku cerita, majalah dan suratkhabar di dalam bahasa ibunda masing-masing. Selain daripada itu, peiajar Melayu dan lndia membaca majalah dan suratkhabar dengan tujuan untuk mengikuti perkembangan semasa sementara pelajar Cina menyatakan untuk mengisi masa lapang mereka. Akhir sekali, pelajar Melayu dan India menerima galakan daripada guru untuk membaca dan pelajar Cina pula daripada ibubapa mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: TABIAT MEMBACA DI KALANGAN REMAJA LUAR BANDAR: SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR TINGKATAN DUA DAN TINGKATAN EMPAT DI KAWASAN LINGGI DAN RANTAU, NEGERI SEMBILAN
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Oct 2017 02:23
Last Modified: 06 Oct 2017 02:23
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/698

Actions (login required)

View Item View Item