Shapie, Md. Shariff (1995) PENGURUSAN ALAT DAN MEDIA TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS). KAJIAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
|
PDF
- Submitted Version
Download (3MB) | Preview |
Abstract
Dua tujuan utama kajian ialah pertama untuk melihat tahap pengurusan dan empat jenis kemahiran guru-guru pengurus alat dan bahan media teknologi pendidikan di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Kedua untuk melihat tanggapan, kekerapan penggunaan dan halangan-halangan yang dirasai oleh guru-guru bukan pengurus alat dan bahan media teknologi tersebut dalam menggunakan bahan tersebut di PSS mereka. Seramai 62 orang guru pengurus alat dan bahan media teknologi pendidikan dan 101 orang guru bukan pengurus terlibat dalam kajian ini. Kajian ke atas faktor-faktor demografi guru dengan angkubah-angkubah yang dikaji juga dilakukan. Semua dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif dan ujian silang (crosstab) antara dua faktor yang ingin dihubungkan pada paras keertian 0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengurusan dan tahap empat jenis kemahiran pengurusan guru-guru PAMT adalah pada paras sederhana baik sahaja. Beberapa faktor dikenalpasti mempengaruhi tahap kemahiran guru-guru ini. Ianya ialah pengetahuan sedia ada, pengalaman bertugas sebagai guru dan guru pengurus dan juga faktor-faktor demografi. Dari segi pengamatan, kekerapan penggunaan dan halangan-halangan yang ada, semua guru mempunyai pengamatan yang positif terhadap pengurusan guru-guru pengurus, namun dari segi kekerapan penggunaan alat dan bahan yang disediakan ianya adalah pada peringkat yang masih belum memuaskan. Sementara halangan utama yang dikenalpasti dalam mereka menggunakan alat dan bahan media ialah faktor-faktor fizikal yang terdapat di PSS, kemahiran dan pengetahuan yang terhad, kesesuaian masa penggunaan dan juga sikap negatif terhadap peranan yang boleh dimainkan oleh bahan dan alat teknologi yang ada. Adalah dicadangkan untuk memastikan keberkesanan pengurusan maka guru-guru pengurus perlulah dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran asas pengurusan di samping memulihkan sikap mereka daripada sikap mengurus untuk kepuasan peribadi kepada sikap pengurusan yang lebih bercorak universal untuk kepentingan semua.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | PENGURUSAN ALAT DAN MEDIA TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS). KAJIAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM |
Subjects: | L Education > L Education (General) Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 06 Oct 2017 02:33 |
Last Modified: | 06 Oct 2017 02:33 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/707 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |