IAB Institutional Repository

POLA TINGKAH LAKU KEPIMPINAN KETUA JURURAWAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN DAN TEKANAN KERJA JURURAWAT BAWAHAN: KAJIAN DI HOSPITAL KOTA BHARU, KELANTAN.

Ezani, Ismail (1997) POLA TINGKAH LAKU KEPIMPINAN KETUA JURURAWAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN DAN TEKANAN KERJA JURURAWAT BAWAHAN: KAJIAN DI HOSPITAL KOTA BHARU, KELANTAN. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di Hospital Kota Bharu, Kelantan bertujuan untuk melihat pola tingkahlaku kepimpinan ketua jururawat dan hubungannya dengan kepuasan dan tekanan kerja jururawat bawahan. Kajian dilihat dari persepsi 78 orang jururawat di hospital tersebut yang dilakukan secara persampelan bersistematik. Soal selidik yang mengandungi empat bahagian (Bahagian A : Maklumat diri, Bahagian B : Tingkah laku Kepimpinan, Bahagian C : Kepuasan Kerja dan Bahagian D : Tekanan Kerja) telah diedar kepada responden. Dapatan kajian mendapati ketua jururawat yang mempamerkan pola kepimpinan yang berorientasikan timbang rasa lebih disenangi oleh jururawat bawahan berbanding dengan pola yang berorientasikan persaingan dan individualistik. Ujian analisis Pearson menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan pada tahap sederhana di antara pola tingkahlaku kepimpinan ketua jururawat yang berorientasikan timbang rasa, persaingan dan individualistik dengan kepuasan kerja jururawat bawahan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan hanya wujud hubungan yang signifikan pada tahap yang rendah di antara pola kepimpinan di atas dengan tekanan kerja ururawat bawahan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: POLA TINGKAH LAKU KEPIMPINAN KETUA JURURAWAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN DAN TEKANAN KERJA JURURAWAT BAWAHAN: KAJIAN DI HOSPITAL KOTA BHARU, KELANTAN.
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 12 Mar 2018 00:18
Last Modified: 12 Mar 2018 00:18
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/712

Actions (login required)

View Item View Item