Abdul Mu’ti, Ahmad
(1997)
TEKANAN DALAM PEKERJAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP KESIHATAN PEKERJA DI SEBUAH KILANG ELEKTRONIK DI PAHANG.
Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan melihat hubungan faktor-faktor tekanan kerja dan tekanan hidup serta hubungannya dengan tahap kesihatan pekerja pengeluaran. Seramai 60 orang pekerja di sebuah kilang elektronik di Pahang Darul Makmur telah menjadi responden kajian ini. Faktor-faktor tekanan kerja telah diukur dengan instrumen `Stressor Cheklist' (SC) , tekanan hidup diukur dengan 'Live Events Scale' (LES) manakala tahap kesihatan diukur menggunakan National Health and Morbidity Survey'(NHMS). Dapatan kajian menunjukkan dari segi tekanan kerja, tidak terdapat perbezaan di antara pekerja lelaki dan perempuan. Kajian mendapati ada hubungan yang signifikan antara pembolehubah tekanan kerja dan suasana tempat kerja/iklim tempat kerja dengan kesihatan responden. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati tiada hubungan yang signifikan di antara tekanan hidup yang tinggi dengan tahap kesihatan.
Actions (login required)
 |
View Item |