IAB Institutional Repository

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DENGAN TEKANAN KERJA PENSYARAH-PENSYARAH DI MAKTAB PERGURUAN BATU PAHAT, JOHOR.

Zakariyah, Julas (2001) HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DENGAN TEKANAN KERJA PENSYARAH-PENSYARAH DI MAKTAB PERGURUAN BATU PAHAT, JOHOR. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan di antara gaya kepimpinan pengetua dengan tekanan kerja. ini disebabkan gaya kepimpinan pengetua dan tekanan kerja adalah merupakan dua faktor yang sering berkaitan. Kedua-dua faktor ini juga yang akan menentukan keberkesanan operasi sesebuah organisasi seperti maktab perguruan untuk mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan bagi melahirkan guru yang berwawasan. Untuk menentukan hubungan gaya kepimpinan dengan tekanan kerja maka satu kajian dijalankan di Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Gaya kepimpinan yang dikaji dari aspek gaya kepimpinan yang berorientasikan kerja dan gaya kepimpinan yang berorientasikan tugas. Sementara aspek tekanan kerja pula adalah aspek pengajaran dan pembelajaran serta persekitaran fizikal maktab. Seramai 90 orang responden iaitu pensyarah-pensyarah telah dipilih sebagai sampel kajian. Bentuk kajian yang dijalankan ialah Deskriptif Korelasi. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSS kaedah Korelasi Spearman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan pengetua berada pada tahap sederhana dan tekanan kerja juga menunjukkan pada tahap sederhana. Selain daripada itu dapatan kajian juga telah menunjukkan tiada hubungan yang signifikan diantara gaya kepimpinan yang berorientasikan kerja dengan tekanan kerja. Walau bagaimanapun terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan pekerja dengan tekanan kerja. Begitu juga terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan keseluruhan dengan tekanan kerja. Dari segi kekuatan hubungan pula pembolehubah gaya kepimpinan yang berorientasikan pekerja menunjukkan kekuatan hubungan yang lemah. Oleh itu gaya kepimpinan pengetua yang diamalkan adalah berlandaskan kepada prinsip kesederhanaan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DENGAN TEKANAN KERJA PENSYARAH-PENSYARAH DI MAKTAB PERGURUAN BATU PAHAT, JOHOR
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 12 Mar 2018 00:20
Last Modified: 12 Mar 2018 00:20
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/714

Actions (login required)

View Item View Item