IAB Institutional Repository

MEMBINA NEGARA BANGSA SATU PERKONGSIAN PENGALAMAN

Abdul Hanid , Halit (2009) MEMBINA NEGARA BANGSA SATU PERKONGSIAN PENGALAMAN. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 19 (02). pp. 1-16. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (800kB) | Preview

Abstract

Artikel ini membincangkan pelaksanaan aktiviti membina negara bangsa di peringkat unit di Pejabat Pelajaran Daerah. Membina negara bangsa amat penting bagi sesebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Untuk menghadapi era globalisasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka sebuah pelan induk yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi tempoh tahun 2006 hingga 2010. Dalam perbincangan ini, fokus utama ditumpukan kepada pelaksanaan aktiviti untuk mencapai wawasan membina negara bangsa melalui perkongsian nilai dan semangat patriotisme untuk dipraktikkan pendekatannya di dalam alam pendidikan dan dalam kehidupan seharian masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Misi ini boleh dilaksanakan melalui sistem pendidikan dan melalui kesedaran masyarakat seluruhnya. Memimpin organisasi pendidikan merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada organisasi pendidikan seperti di Pejabat Pelajaran Daerah. Tindakan yang dilaksanakan untuk memenuhi tanggungjawab ini merangkumi penubuhan jawatankuasa induk pelaksanaan program, perubahan sikap anggota organisasi, pendekatan yang digunakan untuk mencapai wawasan, membuat perancangan strategi, melaksanakan perancangan strategik, pemantauan dan penilaian serta pelaporan hasil program yang dicapai.

Item Type: Article
Additional Information: negara bangsa; patriotisme; pendidikan memimpin pelan induk pembangunan kementerian pelajaran malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 07 Mar 2013 01:45
Last Modified: 07 Mar 2013 01:51
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/72

Actions (login required)

View Item View Item